Thursday, February 17, 2011

GAMBARAJAH KOLAM

Bermula dari surf internet ke laman aquaponik.. dan bercita-cita nak ada satu macam diaorg.. Tiada pengetahuan langsung tentang penternakan ikan dan tanaman aquaponik ini. Dan selama 2 bulan buat reseach sendiri dalam internet. Banyak info-info diambil dan disimpan utk kegunaan sendiri.Alhamdullilah tercapai juga hasrat dihati cuma banyak benda perlu diperbaiki..Semoga anda semua dapat membantu serta memberikan komen @ pendapatan yang berguna untuk bersama..


Thursday, February 10, 2011

GELAGAT ORANG BANDAR

aktiviti yg dpt mguruskan badan dgn mencabut ubi
 Sememangnya duduk di kampung banyak aktivitinya.Seperti memasang jerat,menangkap ikan,menembak tupai,berkebun dan banyak lagilah.
bakal menjadi model ubi kayu


cari semula benih ikan yg terlepas ke?.

TIP TENTANG CACING

 DIAMBIL DARI BLOG "RATU CACING"
ternakan cacing kompos.

Utk makluman Cacing Harimau (Tiger Worm / Eisenia Foetida) adalah salah-satu species cacing yg tergolong didlm kumpulan cacing kompos / pengomposan. Selain itu beberapa spesies yg sesuai digunapakai utk industri Vermikultur / Vermikompos dlm keadaan negara Malaysia termasuk:

1. Cacing Merah (Red Worm / Lumbricus Rubellus).
2. African Nightcrawlers / Eudrillus Eugeniae.
3. Pheretima Elongata.
4. Cacing Biru (Blue Worm / Perionyx Excavatus).
Setiap satu spesies di atas ada kebaikan / kelemahan yg perlu diambilkira bergantung atas objektif sebenar masing2.

Contoh Bekas untuk menternak cacing kompos adalah 15 kakiX 60 kaki untuk skala besar.
Makanan bagi cacing ternakan adalah semua jenis sisa organik i.e. sisa kandang, sisa pertanian, sisa dapur, sisa industri dll asalkan ianya organik boleh diguna-pakai & dimanfaatkan sebagai bahan makanan dlm sistem Vermicomposting.
TETAPI, setiap satu perlu diSTABILKAN.
Sisa makanan TIDAK SEMESTINYA membiakkan ulat. Kalau lalat mula bertelor & membiak bermakna sistem sdr:1. Terlalu basah.2. Berbau busuk.3. Masam / Acidic pH rendah dll.
Kalau media terlalu basah ia akan menjadi “anaerobic” (tidak beroksigen) dan menggalakan bakteria penghurai nitrogen (anaerobic microbes) dan mengakibat fermentasi kpd sisa buangan tsb. Bau busuk itu adalah ammonia yg dikeluarkan hasil penghuraian nitrites.
Cadangan cara mengatasinya:

1. Kawal kelembapan media - kalau terlalu basah, taburkan & gaul “bulking agent” spt kertas carik (shredded paper), habuk sabut kelapa (cocopeat) dsb utk menyerap kelembapan.
2. Sistem perlu ditutup dengan jaring halus utk mengelakkan lalat & perosak2 lain.
3. Makanan diletakkan cuma di permukaan shj utk mengelakkan fermentasi. Jangan dibenamkan dlm media.
4. Jgn beri makan terlalu berlebihan (overload). Jumlah makanan seharusnya seimbang dgn jumlah cacing.

Walaubagaimanapun, cara utk skala kecil2an dan skala besar agak berbeza bergantung kpd keadaan setempat.
Dari dlm rumah (sisa dapur):
1. Lebihan sayur dedaun & kulit buah2an (di bilas dulu - elakkan sisa bahan kimia. elakkan kulit limau)
2. Lebihan Nasi (di bilas dulu - jgn bercampur minyak / kari / sambal dll)
3. Hampas teh & kopi. Ni favourite dia (di bilas gulanya dulu - elakkan semut)
4. Kulit telur yg di hancur halus.
5. Lebihan roti walaupun dah berkulat, pizza dll (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)
6. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.
7. Kertas bungkusan (jgn berminyak)

Dari luar rumah (sisa laman):
1. Dedaun & rumput kering (kalu boleh dicarik dulu. Lebih kecil lebih baik)
2. Dedaun & rumput hijau (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)
3. Buah2an yg luruh & rosak.

Dari pejabat:
1. Kertas yg dicarik (elakkan yg berwarna & dicetak dgn “inkjet”)
2. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.

Dari persekitaran berdekatan kita:
1. Hampas tebu, pisang dll dari warung2 (di bilas gulanya dulu - elakkan semut & getah).
2. Sisa sayur2an, buah2an dll dari pasar, kedai runcit dll.
3. Kalu di utara mungkin mudah mendapatkan Jerami padi dll.
Kalu boleh bahan2 ini dikumpul setempat dan dikomposkan sedikit agar ia “menapai” dulu dan tidak panas bila diberi makan ke cacing.

CACING



MAHU CUBA TERNAK CACING PULAK..
Akibat terlalu banyak tong polistrine, terlintas pulak nak cuba buat baja kompos dengan menggunakkan cacing.
Inilah tong polistrine yang dijadikan tempat tinggal cacing.
 'kitar semula'.barang dah ada cuma buat ajerlah.

Tentang bela cacing nie memang takde pengalaman langsung yang tahu cuma letakkan cacing tanah 5,6 ekor kat dalam polistrine bersama Bahan spt daun kering,kertas,batang pisang,pokok hidoponik yg mati dan banyak lagi disumbat didalamnya,KALAU cacing tu lapar makanlah apa yang ada kat dalam tuh.''INI PERCUBAAN AJER".


Tuesday, February 8, 2011

PELBAGAI PENAPIS

PENAPIS(FILTER).
Pelbagai penapis diguna bagi mengelakkan kekotoran yang melampau.Maklumlah air yang dipakai dari air perigi.
Dan air sentiasa di pam kedalam kolam nak jimatkan bil air kononnya.
PENAPIS AIR PERIGI
video
video: air perigi yang digunakan.

pembersihan penapis perigi

Air perigi yang dipam disimpan dahulu kedalam tangki fiber bertujuan pemendakkan air yang bercampur tanah.Kemudian disalirkan kesebuah lagi tangki fiber untuk tujuan yang sama.Seterusnya ditapis lagi dgn span(aquarium filter) dan baru ler dimasukkan kedalam kolam.
masih lagi terdapat saki baki kekotoran air yang bercampur tanah.
air keruh takpe janji ikan tak mati sudah... PH air dijaga setiap minggu,diantara 6-8.

PENAPIS KOLAM UTAMA
Sebuah pam besar digunakan utk mengepam air masuk kedalam penapis utama dan disalirkan kesetiap tangki yang berisi leca.
pam yg mampu menyedut air dlm 6000 liter per jam
ditapis dahulu sebelum disalirkan ke growbed(leca)
inilah perjalanan air
PENAPIS AIR HIDROPONIK
Dikeliling kolam terdapat batang paip yang dilubangkan dan dibubuh dgn pasu-pasu kecil,kira macam tanam pokok atas air(hidroponik).
menapis segala kekotoran yg terdpt didlm btg paip.

projek hidroponik ini kurang berjaya banyak benih disemai tidak menjadi.Bermungkinan kedudukan pasu terlalu tinggi atau dalam dan masih lagi dalam pembikinan serta penelitian.

dibahagian sisi sahaja pokok yang hidup