Tuesday, May 17, 2011

MUSUH UTAMA KINI TERTANGKAP JUA

Bermodalkan jaring besi utk dijadikan perangkap monyet kini telah berjaya menangkap beberapa ekor. Merekalah musuh ketat yang paling dikehendaki kerana banyak menyusahkan keluarga disini. Apa saja yang ditanam pasti merekalah yang mencabutnya. Buah durian tak sempat gugur lagi sudah dikebas dan dibawa lari..


UPDATE: TANAMAN KOMPOS

Setelah  sebulan berlalu benih yang disemai kini membesar dgn cepat sekali. Tanaman yang pertama pula hampir kepenghujungnya, dan akan bertukar ganti dgn tanaman yang lain pula..
Tanaman yang yang menggunakan tanah kompos sememangnya bagus bersertakan air yang sentiasa mengalir tanpa henti. Kini batas yang baru bakal dibina lagi...


BATAS PERTAMA
pokok timun diambang kematian

sebahagian dijangkiti kulat/penyakit
BATAS KEDUA
pokok kacang panjang menjalar tinggi

pokok bendi kini beraksi



SEMOGA APA YANG DIUSAHAKAN AKAN BERHASIL.. AMIN...

IKAN TALAPIA MENGELUARKAN HASIL KALI KE 2

Aktiviti membersihkan kolam dilakukan seperti biasa. Setiap 2 minggu 2 kolam perlu dibersihkan, kalau tak berlumut dibuatnya... Dalam keasyikkan memindah ikan-ikan talapia terdapat 2 ekor ikan betina memuntahkan anaknya.. Wah... pakcik kayo...kayo.. dgn anak-anak ikan baru.. Alhamdulllillah.

kali nie semua anak-anak ikan talapia merah ajer..

kesemuanya dialihkan sedalam tong fiber
video
video pengasingan anak ikan kedalam tong fiber.

UPDATE:TANAMAN AQUAPONIK

Disebabkan terlalu banyak perkara yang nak dilakukan terlupa nak update tanaman aquaponik. Dan tanamannya pulak ada yang mati,ada yang layu,ada yang tak mahu hidup terus. Secara keseluruhan tanaman aquaponik perlu diberi perhatian dgn rapi. Terdapat beberapa pokok yang boleh dibanggakanlah..BETTER THAN NOTHING.
  POKOK BUNGA

NENAS


CEKUR


KOBIS


Setiap tanaman yang ditanam tak ingat masa dan ketika. Lupa nak tag.

KEROSAKAN KECIL PADA BUMBUNG KOLAM

Sudah dijangka sejarah mungkin akan berulang kembali. Jika tidak dilakukan dgn segera mungkin bumbung kolam akan bocor/koyak dgn lebih teruk lagi. Rasanya plastik(greenhouse film)) yang digunakan ini bukan dari bahan original utk membina sebuah greenhouse.Terpaksalah servey kat mana-mana nursery yang menggunakannya..

kebocoran disebabkan geseran pada bucu kayu

salotep kain digunakan utk menahan kebocoran(sementara)

pembantu yang setia
Plastik yang digunakan ini dibeli kedai hardware,rasanya tidak sesuai utk jangkamasa yang lama.Jika tidak dipantau,maka jahanamlah pump angin dan peralatan-peralatan letrik yang lain