Tuesday, July 26, 2011

MENG"UPGRADE"KAN PEJALAN KAKI DI SEKELILING KOLAM

Bagi mencantikkan kawasan sekitar kolam ,laluan pejalan kaki di"upgred"kan. Sepatutnya disekeliling kolam perlu disimen tapi hal ini memerlukan ramai tenaga kerja. Makanya susun batu ajerlah.. Beli bata blok simen yang mampat satu pallet dan satu ela batu kelikir. Kaedah ini boleh menjimatkan tenaga dan duit, pasal takyah susah susah nak menyimen.. nak upah org... dan boleh buat sorang-sorang ajer.


GAMBAR SEBELUM
bahagian blakang

bahagian sisi (kanan)

cetusan idea bermula  dari bahagian depan

PERTENGAHAN
-peringkat mengangkat/menyusun/menstabilkan bata blok.
bahagian sisi (kiri)

bahagian blakang


bahagian sisi kanan


SETELAH SIAP
-proses mengangkat /menabur/menyelitkan batu-batu kelikir.
siap dibahagian blakang

siap dibahagian sisi

siap dibahagian sisi kanan

dibiarkan kosong (utk ditanam pokok pengaga dulu)


Beginilah hasil usaha yang dilakukan sendiri serta dibantu oleh anak dan isteri selama sehari..lepak oooo
p/s: esok kena demam urat(bisa sendi dan otot) terpaksa cuti meniaga selama beberapa hari..

Thursday, July 14, 2011

HASIL DARI POHON MARKISAR

Pokok markisar nie ditanam bersebelahan kolam ikan, kononnya sekadar untuk mencantikkan lagi suasana dipersekitarannya..Kini pokok tersebut telah menjalar hampir 30 kaki panjangnya sehinggakan suasana menjadi sarat barat. Tapi tak kisahlah, pokoknya sudah mengeluarkan hasil..

buah markisar 

lebih kurang ada 20 biji yg sedang berputik
BUAH CEMPEDAK
pada mulanya pokok cempedak nie nak dicantas/tebang kerana ianya berada diantara kolam ikan dan perigi..Takut-takut nanti akarnya akan merosakkan/meretakkan lantai kolam..so, tunggu dan lihat ajerlah..
buah cempedak ditepi perigi
BUAH PETOLA BERUS/SABUT
Pokok ini ditanam diluar kawasan kolam (lebih kurang 15 kaki dari kolam). Ianya telah menjalar naik ke atas bumbung (net hitam) dan berbuah. Namun begitu pemantauan perlu dilakukan dgn segera bagi memudahkan utk mengutip hasilnya..
pokok petola berus ditarik ke tepi dan buahnya dijuntaikan keluar.

Friday, July 8, 2011

UPDATE: TANAMAN KOMPOS(BATAS 3)

 GAMBAR KESELURUHAN DAN SEKITARANNYA.
mengambil masa satu hari suntuk bagi menyiapkan keseluruhan kawasan ini.Sepatutnya kolam tanah lebih panjang lagi..tapi ini diperingkat percubaan ajer..

masih belum siap lagi

plastik bumbung digunakan bagi mengelakkan kehilangan air di dlm kolam tanah.


deretan benih bendi yg baru bercambah


sepanjang batas ini disemai dgn pokok bendi.




Tuesday, July 5, 2011

UPDATE: TANAMAN KOMPOS(BATAS 2)

POKOK TOMATO
setelah 2 minggu disemai.. kesuburannya nampak ketara.. cuma 2,3 pokok ajer nampak terbantut..mungkin akan dibuang(bantut) digantikan dgn yg lain..
ketinggiannya hampir 3 kaki

tali digunakan bagi menyokong kedudukan pokok tomato

POKOK HALIA PADI
ditanam diluar batas.. pokok ini banyak khasiatnya..harganya mahal ,boleh mencecah rm20 sekilo.
halia padi sedang membesar..

cuma ada 4 rumpun saja.
POKOK BULUH LEMANG..
ditanam bersebelahan batas kedua.. kegunaan dimasa akan datang (dijadikan palang).
senang nak buat lemang dihari raya nanti..
baru berusia 5 bulan.

CARA UTK MENAKUTKAN MONYET(18SG)

Sudah bermacam-macam petua digunapakai untuk menghalau atau menakutkan binatang ini.  Masih lagi tidak berkesan dengan apa yang diusahakan..Malah bertambah ramai lagi pengikutnya datang singgah ke kawasan kolam aquaponik aku .  Tension .... tension.....

PETUA PERTAMA; MENGANTUNGKAN SEEKOR MONYET (bertujuan untuk menakut-nakutkannya)


diletakkan dibawah pohon manggis


kelihatan yang mengerikan bagi monyet
KESUDAHANNYA: monyet langsung tak heran tentang kematian  rakan sebayanya yang mati tergantung. Yang takut pula orang yang lalu lalang kat situ..ekkekeek

hukuman mati mandatori
PETUA KEDUA; TANGKAP SEEKOR LEPASTUH KALERKAN DGN CAT PUTIH,KEMUDIAN DILEPASKAN..
KESUDAHANNYA: Yang dikalerkan itu mati dgn tragis sekali..sehinggakan kita tak sanggup tengok tentang kematiannya..
VIDEO MANGSA YANG TERPERANGKAP
video
aksi  si monyet yang ditangkap sebelum diserahkan pada pihak perhilitan

PALING BERKESAN: BUAT PERANGKAP
dijamin tertangkap,sekiranya monyet lapar dan bangang, pasti masuk kedalam perangkap yg dipasang. TAPI, kena keluar modal sikit untuk buat perangkap tuh dan umpannya sekali...

TERSANGAT BERKESAN :  BANTUAN DARI PIHAK PERHILITAN .
apa lagi tembak ajerlah..
mati ditembak oleh pihak perhilitan

Monday, July 4, 2011

AKTIVITI MASA LAPANG/PEMINDAHAN ANAK POKOK DARI MINI AKUAPONIK KE POLIBAG

Inilah aktiviti yang selalu dilakukan di waktu lapang apabila pulang ke kampung. Ada saja benda yang hendak dibuatnya,maklumlah duduk kampung... Kalau kat bandar(kawasan perumahan) kawasannya terhad dan tidak sesuai..

anak aku yang sibuk membantu emaknya,


inilah mandornya.

mengambil tanah bakar dan dimasukkan kedlm poli beg.


hasil dari tempat pembakaran iaitu sebiji batu cincin
semaian semula kedalam poli beg
gambar  pokok dari miniaquaponic

jika dibiarkan lama didalam rumah mungkin pokok jambu madu ini akan mati. Dipindahkan kerana kurang sesuai utk ditanam didalam rumah (mini akuaponik)
inilah hasilnya

MANCING DI TELUK RIMBA LEDANG

LOKASI; TELUK RIMBA,LEDANG
TEMPOH PERJALANAN; 30 MINIT DARI BKT.GAMBIR /30 MINIT DARI MUAR


adik aku sedang survey port ikan
inilah riadah yang paling seronok sekali..Dapat menghilangkan rasa stress jika dapat ikan...dan bertambah stress bila ikan tak dapat..hehheehe..

pemancing tegar


berposing disawah padi..
lokasi yang menarik dengan kehijauan sawah padi ditambahkan pula bersama deruan angin yang menyamankan.

hasil tangkapan
Hasil dari pancingan kami bersama amat memberangsangkan.. Sebanyak 22 ekor ikan dapat ditewaskan diantaranya adalah ikan puyu,talapia hitam,belida,lampam dan keli. Sebahagian dari tangkapan mati semasa didalam perjalanan pulang . Yang mati tuh sudah tentu dijadikan hidangan.. Yang hidup pula dipelihara sehingga besar punya...

Sunday, July 3, 2011

MAKHLUK PEROSAK KINI KEMBALI

 TIKUS
Tikus yang bertelinga capang(tikus sawit) ni lebih jahat dari tikus tanah..Lari memang laju punya, pantang ajer ada benih pokok yang baru cambah habis dia kebas semuanya.TAPI,sepandai-pandai tikus melompat akhirnya kesangkar jua..
jahat giler.


musuh utama dikawasan kolam aquaponic
SERANGGA MERAH(BENTUK MACAM KUNANG-KUNANG)
serangga kecil tapi kuat makan,abis  daun pokok bendi menjadi mangsa

S



BELALANG

RUPANYA SEPERTI CENGKERIK

CARA MEMBUAT KOLAM IKAN RAINBOW DARI HASIL BAHAN TERBUANG.

Banner yang tergantung ditepi jalan ada banyak gunanya. Tapi masih ramai lagi tidak tahu hendak me"recycle"kannya dan dibiarkan sehingga reput atau dibuang begitu saja. Kan bagus kalau diguna semula dgn dijadikan pembalut buku ke, alas meja ke, bidai ke,dan macam-macam lagilah. Saya gunakannya utk membuat sebuah kolam kanvas bersaiz mini yang mampu bertahan selama beberapa bulan(temporary pond). Sekiranya kebocoran yang kronik berlaku,ianya dijadikan tempat menanam pokok pengaga . Bukankah itu cara penjimatan yang bijak.Bahan mudah dapat cuma berani atau tidak jer hendak rembat kat tepi jalan tuh.

utamakan banner/banting yg tidak berlesen terutamanya si Along..


buku digunakan utk membantu dlm proses melekatkan gam


setelah digamkan


beli gam yg murah jer.--save budget--
beginilah rupanya setelah siap,pastikan papan diletakkan di bahagian tepi utk mengelakkan air didalamnya melimpah.
SETELAH SIAP


ikan 'rainbow parit' dilepaskan

selamat mencuba yer.