Wednesday, January 19, 2011

BATAS KOMPOS

PERINGKAT PERCUBAAN/PERMULAAN(MENANAM SAYURAN MENGGUNAKAN TANAH KOMPOS)
Ingin mencuba menanam sayuran menggunakan tanah kompos dengan kaedah perbatasan.Kompos yang dibuat sendiri dan masih peringkat percubaan.Kandungannya ialah rumput kering,daun durian kering,t,tahi kambing,tahi arnab dan tanah bakar.Kesemuanya disatukan dan dibiarkan selama 3 bulan.
Kebanyakkaan bahan yang digunakan dari bahan terbuang.

Batas dilitupi dengan plastik silver shine dan dilubangkan bagi memudahkan penyemaian benih.

Tuesday, January 18, 2011

HIDROPONIK

Akibat terlalu obses tentang tanaman sayuran terpikir pulak untuk mencuba kaedah hidroponik.Orang kata dengan cara ini tanaman lebih cepat dan mudah.Tak banyak karenah,cuma permulaannya agak mahal sikit, nak beli bekaslah,kapaslah,bajalah..TAPI tertarik dengan prinsip "3T" iaitu TANAM,TINGGAL,TUAI.maka,layan ajerlah..

 -Ini adalah percubaan pertama-
   diatur dengan cara bertingkat,kononnya nak jimatkan kos
    tapi GAGAL(air terlalu banyak dan kerap over flow)
-percubaan kedua-
tak lagi gunakkan share air(pump)

setelah seminggu disemai telah menampakkan hasil.Mudah mudahan subur hendaknya.

PEMBERSIHAN PENAPIS AIR(PERIGI)

Membersihkan penapis air bukanlah mudah terutamanya diletakkan di dalam  perigi.Setiap sebulan sekali penapis ini dicuci bagi menggelakkan kerosakkan. Maklum ajerlah budget ciput terpaksalah pakai pump aquarium.Pump ini berupaya mengepam air setinggi 2.5 meter dan 1000 liter per jam.Kira bolehlah support untuk back up air yang hilang didalam kolam.
Dengan menggunakan tong cat besar untuk dijadikan penapis air perigi.
 batu dijadikan sebagai pemberat dan diikuti dengan span halus dan kasar.
dah penat gunakan tangan acara pijak memijak dilakukan.

MENYEMAI BENIH SAYURAN

TANAMAN 1
 Selepas kejadian ribut banyak tanaman sayuran mati akibat dihempap bumbung. Sebahagian besar sayuran dimakan oleh tupai,tikus serta serangga. Jadi terpaksalah bermula semula dari peringkat awal iaitu menyemai benih baru.

 Diantara benih yang disemai adalah
  • lobak merah
  • lobak putih
  • timun
  • kobis bunga
  • kobis bulat
  • sawi
 benih sawi baru seminggu disemai

  • tomato ceri

Cuma sebilangan kecil sahaja tanaman yang mampu hidup selepas kejadian ribut.


Monday, January 17, 2011

MAJLIS PERKAHWINAN ADIK

Baru-baru ini saya terpaksa melupakan sekejap tentang "KOLAM AQUAPONIK".Selama 2 minggu tak menjenguk kolam dan memberi makan pada ikan.Maklumlah sibuk hendak menerima 2 adik ipar.
"KELUARGA DIDAHULUKAN,AQUAPONIK DIUTAMAKAN."
SATU MALAYSIA

majlis berlangsung pada 1.1.2011 (sabtu)
di Sungai Abong,Muar.Johor
Sabrina bte Hj Dagan dan Md Jumadi bin Hj Sohod.
Adik perempuan yang kedua.
Mohd Nizan bin Hj Dagan dan Nor Hidayah
adik lelaki yang ketiga
Bersama-sama kita mendoakan kebahagiaannya berkekalan sehingga akhir hayat. Amin...



Friday, January 7, 2011

SALIRAN AIR (LAMA)DIJADIKAN TEMPAT MENANAM POKOK.

SALIRAN AIR(BAHAN TERBUANG) DIGUNAKAN SEMULA DAN DIJADIKAN TEMPAT MELETAK PASU.


Saluran air lama yang dibuang diguna semula untuk dijadikan tempat meletak pasu-pasu kecil.
Didalam pasu tersebut diisikan dengan leca. Ini adalah peringkat percubaan. Cuma nak tahu "leca murah" ini bagus atau tidak..



Antara pokok cili (jenis buahnya macam buah tomato)yang ditanam diperingkat awal. Nampak segar cuma belum lagi mengeluarkan hasil.