POST TERDAHULU (serangan aphid)
Bena putih atau dikenali juga sebagai kutu
daun(aphid) adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut(herba).
Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya
menggunakan kaedah parthenogenesis , iaitu dengan penklonan bena
betina.Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena. Anak-anak
bena ini akan matang dam boleh membiak dalam masa 7-10 hari. Ia hidup
dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun. Biasanya kutu
daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya
terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan dicelah-celah
ranting.
Ada pelbagai racun dipasaran untuk membunuh kutu daun ini seperti
bifenthrin dan
malaxion
namun racun serangga ini tidak selamat digunakan keatas tumbuhan yang
boleh dimakan. Selalunya kita perlu menunggu lebih dari 10 hari sebelum
mengambil tumbuhan untuk dimakan selepas dirembur dengan racun
serangga.
Adalah lebih selamat jika kita menggunakan kaedah
kawalan biologi
ataupun menggunakan bahan semulajadi untuk memerangi serangga ini.
Kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan campuran pencuci
pakaian dan minyak masak.Air cucian pakaian dari mesin basuh boleh
digunakan untuk tujuan ini. Masukkan air ini kedalam botol penyembur dan
titiskan beberapa titis minyak. Semburkan air ini pada tumbuhan yang
dijangkiti dengan memastikan bahagian yang tersembunyi seperti di
belakang daun dan celah ranting juga terkena semburan.Anda akan dapati
bena akan berkuranga dan terhapus sama sekali setelah diulang beberapa
kali.
Satu cara lagi ialah dengan menggunakan bawang putih
dan bawang merah. Beberapa ulas bawang putih dan bawang merah dikisar
hingga lumat dan dicampur air. Air ini ditapis dan dimasukkan ke dalam
botol penyembur dan disembur dengan kaedah yang sama seperti diatas.
beberapa jenis minyak seperti minyak neeem, minyak bawang putih, minyak
canola, minyak bijan dan minyak soya juga boleh digunakan untuk tujuan
ini.
Kaedah kawalan biologi juga boleh digunakan untuk
menghapuskan serangga ini.Jika terdapat mentadak dalam taman anda
biarkan ia disitu kerana bena putih ini boleh menjadi santapan yang
lazat bagi mentadak.Ladybird(Hippodamia convergens) , sejenis kumbang
berwarna merah dengan bintik-bintik hitam merupakan serangga yang
paling berkesan digunakan sebagai kawalan biologi terhadap bena.Selain
dari menjadi aksesori penghias taman anda kumbang ini juga akan
menolong anda menghapuskan si bena putih. (
Awas - Kumbang Tanduk pula merupakan ancaman kepada pokok kelapa)
Jika anda ada cara lain untuk menghapuskan bena putih, sila kongsi bersama kami