Monday, July 24, 2017

KELADI HITAM BERMAHARAJALELA

KELADI bila dah ditanam pasti akan membiak dengan cepat. Dia punya akar akan merayap habis satu tong biru. Kalau tak diambil atau dipindahkan leca akan melekat pada akarnya. Semestinya , kerja -kerja pembersihan amatlah menyusahkan.. Pasal dulu dah pernah terjadi dan kini kenalah beringat...
ini kalau masak lemak cili padi campur siput sedut,,.pasti meletop...pergh..

Kebiasaanya daun keladi dijadikan hidangan kepada sang ikan kaloi dan talapia. Isinya pulak dicincang dan direbus(kalu rajin) diberikan pada itik dan angsa. Bolehlah kurangkan kos makanan ikan.. Sekarang harga dedak dah rm 58 ringgit untuk 20kg. Mana boleh tahan..

baru satu growbed dah penuh satu tong sampah

dia punya isi dah sama beso buah betik.. buat pengat pun mashyukk..