Showing posts with label IKAN. Show all posts
Showing posts with label IKAN. Show all posts

Sunday, June 9, 2013

GANGGUAN ELEKTRIK PENYEBAB KEMATIAN IKAN

KEMATIAN IKAN YANG TIDAK DIDUGA
Berpunca dari terputusnya bekalan elektrik yang lama yang disebabkan ribut petir. Ditambahkan lagi dengan ketiadaan orang tua ku dirumah yang sedang bercuti. Nak buat macam mana dah takde rezeki.. Reda ajerlah.

Kebanyakkan ikan jenis LAMPAM EMAS ,LAMPAM JAWA DAN JELAWAT. Ini kerana spesis ikan ini memerlukkan banyak oksigen dalam air.
purata ikan yang mati bersiaz 150gm-300gm seekor

jumlah kematian ikan melebihi 40 ekor
Setelah terjadinya perkara seperti ini penukaran air perlu dilakukan demi menjaga kualiti air bagi mengelakkan dari terjadinya jangkitan kuman dan parasit.
Langkah seterusnya Ph air diperiksa sekerapnya mungkin.
PH air yang diperiksa

PH air yang ideal dan sesuai utk ikan air tawar
SECARA KESELURUHAN PH AIR YANG SESUAI DIKOLAM INI ADALAH TIDAK KURANG DARI 6.5 DAN TIDAK MELEBIHI 8.0

Wednesday, February 13, 2013

KEMATIAN IKAN CARP DAN KOI

Kematian ikan ini disebabkan kekurangan oksigen dalam air. Punca yang paling ketara sekali adalah penambahan air dari air perigi yang berlebihan. Sebanyak 6 ekor ikan kap rumput, 3 ikan koi dan beberapa ekor ikan talapia mati.

kematian yang tidak diduga.

Tuesday, February 12, 2013

IKAN TALAPIA DIJADIKAN HIDANGAN KENDURI

Masih lagi bersedih apabila mengenangkan kisah silam arwah atok. Namun begitu, setiap yang hidup dimuka bumi Allah ini pasti akan mati. Kita patut reda diatas pemergiannya. 

Ikan talapiah merah dijadikan hidangan sewaktu jamuan kenduri arwah atok.

hasil tangkapan
proses pembersihan
rewang bersama adik ipar.




TEST MAKAN IKAN JELAWAT


IKAN JELAWAT.

Bela hampir 6-8 bulan.
Pemakanan  ikan dari pallet dan lumut disekeliling kolam.
Harga dipasaran .. tak pasti..

proses pembersihan.

hasilnya


Wednesday, November 7, 2012

KOLAMKU

GAMBAR KESELURUHAN KOLAMKU

  • modal agak lumayan jugak
  • utamakan barangan terbuang untuk digunasemula (recycle)
  • hanya seminggu sekali dua, menjenguk ke kawasan kolam ini
  • semua pam diselaraskan dengan "auto timer"


JENIS IKAN YANG ADA
  • TALAPIA MERAH
  • TALAPIA HITAM
  • IKAN KETUTU
  • IKAN PUYU/BETUK
  • IKAN HARUAN
  • PATIN
  • JELAWAT
  • KELAH
  • IKAN NYONYOT/MAJLIS
  • IKAN SEPAT KAMPUNG DAN SIAM
  • KELI
  • MOLLY
  • GUPPY
  • RAINBOW
  • IKAN KAP
  • KALOI
  • IKAN KOI JEPUN
  • LAMPAM JAWA. 
Jumlah yang ada bukannya banyak. Sekadar untuk kegunaan dan kepuasan diri  sahaja. CUBA menjadikan keadaan atau suasana kolam dalam satu ekosistem yang semulajadi.

JENIS TANAMAN YANG ADA
  • PENGAGA
  • BENDI
  • STRAWBERRY
  • CILI PADI
  • SALAD
  • KAILAN
  • LABU
  • TIMUN (coming soon)
  • LOBAK MERAH
  • KUNYIT
  • KELADI
  • TONGKAT ALI ( dalam proses)
  • PANDAN
  • SAWI
  • CEKUR
  • BUNGA-BUNGA HIASAN
 Tanaman akan tumbuh dengan segar sekiranya tiada gangguan makhluk perosak. Inilah cabaran utama yang perlu diatasi buat masa sekarang bagi menjayakan kolam lestari ini.
BERKONSEPKAN  TERNAK,TANAM, TINGGAL DAN TUAI. Perlulah korbankan sedikit masa,tenaga dan wang. Insyallah akan berjaya..

Thursday, October 18, 2012

JANTINA IKAN PUYU DAN KELI

GAMBAR JANTINA IKAN PUYU @ BETUK

yang dok atas tuh jantan kat bawah tuh betina
Ikan puyu nie susah sikit nak tahu jantinanya... pasal ia terkenal dengan ketajaman durinya ..kalau dah kojal macam nie bolehlah belek abis - abisan..

GAMBAR JANTINA IKAN KELI
TENGOK JER DAH TAHU.. TAK PAYAH NAK AJOR
gambar nie dapat dalam blog sapa ntah.. saja utk kongsi info  bersama..

Friday, May 18, 2012

IKAN KELI MATI TERCEKIK

IKAN KELI MATI TERCEKIK TERTELAN IKAN PUYU
  Ikan keli memang terkenal dengan pelahapnya. Tidak kira apa saja yang dihidangkan utknya pasti licin dibuatnya. Inilah akibatnya kalau terlupa diberi makan,sudah tentu ada yang menjadi korban.

PELIK TAPI BENAR