Showing posts with label selom. Show all posts
Showing posts with label selom. Show all posts

Sunday, July 29, 2018

TANAMAN SELOM ,STRAWBERRY DAN ....

Pokok selom
Hampir 4 bulan tak diurus dan dibersih. Cuma tahu bila nak makan , ambil petik.

gambar sebelum

gambar selepas
Pokok strawberry
Ada dua tempat untuk strawberry nie.

 Tempat pertama diletakkan didalam pasu . Sistem yang dipakai adalah aquaponik jugak. Bila air penuh  ia akan flush dengan sendirinya.
pokoknya subur tapi belum mengeluarkan hasilnya
Tempat kedua pula diletak pada tang biru. Yang nie baru semai , tak banyak pokoknya lagi.





Pokok taktahu apa namanya "sesuai untuk makanan ikan"

Daunnya memang kegemaran ikan talapia kami





Sunday, July 23, 2017

KEROSAKKAN PAM MENGAKIBATKAN KEMATIAN TANAMAN

Kerosakkan pam pasti akan berlaku , cuma yang tak tahu bila ketika ia nak rosak. Kalau ada tanda-tanda nak rosak kita dah boleh standby ataupun gantikan yang baru. Itulah salah satu masalah dalam sistem 4T(TANAM ,TERNAK,TINGGAL,TUAI). Pemautauan perlu ada setiap masa. 


kematian pokok selom(ulam)

masih lagi boleh disemai semula (yang belum kering sepenuhnya)

pokok beremi(ulaman) mati kering sepenuhya.


petola cina turut mati jugak

Buahnya saja masih hijau.itupun dah layu. nak masak pun dah tak sedap.


Kesibukkan semasa hari raya dan banyak perkara yang perlu dibuat sehinggkan tak sempat menjenguk kolam aku ini.

Sunday, February 12, 2017

HIDROPONIK (KACANG PANJANG,PERIA DAN SELOM)

Kebiasaanya apa yang aku tahu hidroponik bergantung terus pada air yang dibubuh baja tertentu. Tidak kiralah baja kimia atau sebaliknya. Apa yang penting adalah benih disemai pasti tumbuh. Konsepnya dikatakan mudah bagi mereka yang malas nak jaga pokok.
 TANAM ,TINGGAL ,TUAI katanya...
Kalau dah malas tuh takyah ler nak jadi petani, iyer tak?.. dok kedai mamak  main wifi free, dah betul.. Apa yang diusahakan perlulah diberi perhatian pastu barulah  nikmat hasilnya.

 KACANG PANJANG (JENIS TIDAK MENJALAR)
ditanam pada awal bulan september 2016

pokoknya menjadi kekuningan dan menjadi layu,buahnya semakin kontot
cantas pada akhir bulan november 2016

SELOM (POKOK ULAMAN)
ditanam pada awal bulan november 2016
 

gambar diambil pada januari 2017
keadaan tong hidroponik semakin sempit dan menjalar.
 PERIA
ditanam pada akhir bulan Ogos 2016
 cantas : lepas sebulan setengah, kematian berpunca dari serangan bena.