Showing posts with label rumah pallet. Show all posts
Showing posts with label rumah pallet. Show all posts

Tuesday, January 21, 2020

DAPAT KAYU PALLET LAGI..

KAYU PALLET LAGI..

Buat masa sekarang nie saya lupakan pasal kolam,ikan ,tanaman ,ayam dan sebagainya. Kini masanya untuk kopek kayu pallet.
Hasil dari kilang yang dibawa pulang oleh adik ipar.

nak carik kayu,,,nak carik kayu... nah!... amik nko...

Tuesday, January 7, 2020

VIDEO RUMAH PALLET

RUMAH PALLET

  • TERLETAK DI PARIT HAJI IDRIS,BUKIT GAMBIR,TANGKAK
  • KOS TIDAK LEBIH RM 8000 (TIDAK TERMASUK WIRING) 
  • DIKELILINGI DENGAN SAYURAN (HIDROPONIK)
  • KAYU PALLET PERCUMA
  • TEMPOH PEMBINAAN CUMA 8 BULAN (JUMAAT ,SABTU DAN HARI CUTI SEKOLAH)
  • KERJA-KERJA PEMBINAAN CUMA SUAMI ISTERI
  • TIDAK MENGUNAKAN PAKU CUMA SKRU


Wednesday, November 13, 2019

GELAGAT SI CILIK ( RUMAH PALLET DALAM PEMBINAAN)


 Si anak dara pun sibuk jugak ,..Katanya nak melawat kawasan. kalau ada dia semua kerja tak menjadi.. habis  habis,,



RUMAH PALLET TERDAPAT KEUNIKKANNYA

 Mereka cipta adalah hobi saya. Tak kiralah di kolam aquaponik ke,reban ayam ke dan kawasan - kawasan tanaman. Hampir semuanya saya ciptakan sendiri.he ...he..he..
OKlah.kita cerita pasal rumah nie..
1.MEJA MAKAN
  • Ianya terletak diantara ruang tamu dan dapur.
  • kawasan dapur terlalu sempit.
  • bila nak pakai ianya jadi meja 
  • bila taknak pakai ianya jadi dinding


2. KATIL BUJANG
  • Bilik tidur agak kecil hanya muat untuk sorang saja.
  • menjimatkan ruang
  • bila katil dilipat jadilah meja tulis.

3 .TINGKAP HIDROLIK


Wednesday, November 6, 2019

RUMAH YANG DIBINA MENGGUNAKAN KAYU PALLET



RUMAH KAYU PALLET

  •  Kebanyakkan barang -barang yang terpakai digunakan spt sliding door,cermin tingkap,pintu dan banyak lagi.
  • Tenaga kerja hanya suami dan isteri.
  • Kerja-kerja hanya dilakukan pada hari cuti (Jumaat dan Sabtu)
 BULAN PERTAMA
  • Kumpul kayu pallet seberapa banyak yang boleh.

kayu pallet yang diambil
BULAN KE 2
  • Meratakan tanah
  • Membuat beam, naikkan balai besi, bumbung.



kayu pallet yang disumbangkan dari abg ipar

pallet yang sampai hendaklah dibuang pakunya dulu



BULAN KE 3
  • Bermulanya dari dinding. Kayu pallet datangnya tak sama saiz apalagi potong lah..
  •  


pandangan dari dalam rumah

pandangan dari depan rumah




pandangan dari sisi rumah

                                                    pandangan dari belakang rumah

BULAN KE 4,5 DAN 6
  • Siapkan bahagian dapur pulak
  • Siapkan bahagian dalam . Buat bilik tidur dan bilik mandi.

nak buat dapur lah pulak




terdapat 2 bilik tidur

Bilik mandi
meja makan dan dinding
BULAN 7 DAN 8
  • Tambah soyok (porch) depan
  • Mengecat syelek


  •  PANDANGAN DARI SISI ,HADAPAN DAN BELAKANG RUMAH