Showing posts with label perosak. Show all posts
Showing posts with label perosak. Show all posts

Tuesday, April 21, 2015

SERANGAN ANAI-ANAI BERMULA

MUSUH DALAM DIAM
Patut ler aku punya 'growbed' semakin hari semakin senget.. Rupa -rupanya ada makhluk lain sedang bersarang dibawahnya. Tindakan segera perlu diambil ..

nampak cantik macam batu karang dilautan.

SARANGNYA DIBAWAH TANGKI PVC


SERANGAN BERMULA
Memandangkan hal ini boleh dikatakan serius. Pemantauan setiap minggu dijalankan dengan menyembur racun anai-anai dan serangga disetiap tempat .

Saturday, February 15, 2014

PEMANGSA DURJANA YANG TERJERAT

Pergh... patut ler anak ikan aku asyik abis jer...Si anak biawak ada rupanya.. Sepandai-pandai biawak makan ikan , akhirnya mati terjerat jua.. 


comodo hunter..

Tuesday, February 19, 2013

MENGAWAL DAN CARA MENGHAPUSKAN BENA PUTIH (APHIDS)

POST TERDAHULU (serangan aphid) 

Bena putih atau dikenali juga sebagai kutu daun(aphid) adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut(herba). Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya menggunakan kaedah parthenogenesis , iaitu dengan penklonan bena betina.Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena. Anak-anak bena ini akan matang dam boleh membiak dalam masa 7-10 hari. Ia hidup dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun. Biasanya kutu daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan dicelah-celah ranting.

Ada pelbagai racun dipasaran untuk membunuh kutu daun ini seperti bifenthrin dan malaxion namun racun serangga ini tidak selamat digunakan keatas tumbuhan yang boleh dimakan. Selalunya kita perlu menunggu lebih dari 10 hari sebelum mengambil tumbuhan untuk dimakan selepas dirembur dengan racun serangga.

Adalah lebih selamat jika kita menggunakan kaedah kawalan biologi ataupun menggunakan bahan semulajadi untuk memerangi serangga ini. Kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan campuran pencuci pakaian dan minyak masak.Air cucian pakaian dari mesin basuh boleh digunakan untuk tujuan ini. Masukkan air ini kedalam botol penyembur dan titiskan beberapa titis minyak. Semburkan air ini pada tumbuhan yang dijangkiti dengan memastikan bahagian yang tersembunyi seperti di belakang daun dan celah ranting juga terkena semburan.Anda akan dapati bena akan berkuranga dan terhapus sama sekali setelah diulang beberapa kali.

Satu cara lagi ialah dengan menggunakan bawang putih dan bawang merah. Beberapa ulas bawang putih dan bawang merah dikisar hingga lumat dan dicampur air. Air ini ditapis dan dimasukkan ke dalam botol penyembur dan disembur dengan kaedah yang sama seperti diatas. beberapa jenis minyak seperti minyak neeem, minyak bawang putih, minyak canola, minyak bijan dan minyak soya juga boleh digunakan untuk tujuan ini.

Kaedah kawalan biologi juga boleh digunakan untuk menghapuskan serangga ini.Jika terdapat mentadak dalam taman anda biarkan ia disitu kerana bena putih ini boleh menjadi santapan yang lazat bagi mentadak.Ladybird(Hippodamia convergens) , sejenis kumbang berwarna merah dengan bintik-bintik hitam merupakan serangga yang paling berkesan digunakan sebagai kawalan biologi terhadap bena.Selain dari menjadi aksesori penghias taman anda kumbang ini juga akan menolong anda menghapuskan si bena putih. (Awas - Kumbang Tanduk pula merupakan ancaman kepada pokok kelapa)
Jika anda ada cara lain untuk menghapuskan bena putih, sila kongsi bersama kami

Monday, October 15, 2012

PEROSAK TERTEWAS

Apabila tanaman semakin subur ,mulalah si tikus bermaharajalela.. Apa saja yang baru tumbuh dari hasil semaian habis di makannya. Nah!!! pasang 3,4 perangkap baru padan muka dia..

2 ekor tikus menjadi korban

perangkap dipasang dilaluan utamanya.

boleh tahan besar jugak  makhluk nie
Maklum ajerlah dah nama binatang... nak marah pun tak boleh..So, bertindaklah sebelum parah..






Wednesday, March 28, 2012

CICAK TOKEK!!!....

Peristiwa menangkap cicak ini pasti mengemparkan dan mengembirakan. Pasal apa, dahulu pernah meletop cerita tentang cicak TOKEK ini dan kononnya sesiapa yang ada pasti akan menjadi kaya sekejap. Namun begitu,apa yang diharapkan menjadi punah. Setelah diteliti dan diamati ianya seekor anak BIAWAK..

DITANGKAP DITIMBUNAN KAYU..

CICAK TOKEK BERTUKAR MENJADI BIAWAK.

 

Kalau ler betul itu seekor CICAK TOKEK sapa yang nak beli ekk...

Thursday, September 15, 2011

IKAN KETUTU DISERANG PENYAKIT.

Kali ini ikan ketutu pula menjadi korban dari serangan penyakit. Pening kepala dibuatnya, benih susah nak dapat,mahal pulak tuh harganya..Terdapat 7 ekor yang sudah mati setakat ini.. Buat masa sekarang nie, kuarentin dijalankan dan kolam perlu dibersihkan dengan segera. Segala jenis ubat diletakkan kedalam kolam.

permukaan kulit ikan ketutu seperti digigit/macam kena kudis pun ia..

rugi...rugi... nak buat camner ek..

2 ekor yang baru ditemui mati.. bau mmg kaw-kaw punya.
mangsa yang mati mempunyai tanda2 yg serupa.
Diharap pembaca dapat memberikan nasihat atau cadangan yang berguna utk dikongsikan bersama-sama.
terima kasih.

Tuesday, July 5, 2011

CARA UTK MENAKUTKAN MONYET(18SG)

Sudah bermacam-macam petua digunapakai untuk menghalau atau menakutkan binatang ini.  Masih lagi tidak berkesan dengan apa yang diusahakan..Malah bertambah ramai lagi pengikutnya datang singgah ke kawasan kolam aquaponik aku .  Tension .... tension.....

PETUA PERTAMA; MENGANTUNGKAN SEEKOR MONYET (bertujuan untuk menakut-nakutkannya)


diletakkan dibawah pohon manggis


kelihatan yang mengerikan bagi monyet
KESUDAHANNYA: monyet langsung tak heran tentang kematian  rakan sebayanya yang mati tergantung. Yang takut pula orang yang lalu lalang kat situ..ekkekeek

hukuman mati mandatori
PETUA KEDUA; TANGKAP SEEKOR LEPASTUH KALERKAN DGN CAT PUTIH,KEMUDIAN DILEPASKAN..
KESUDAHANNYA: Yang dikalerkan itu mati dgn tragis sekali..sehinggakan kita tak sanggup tengok tentang kematiannya..
VIDEO MANGSA YANG TERPERANGKAP

aksi  si monyet yang ditangkap sebelum diserahkan pada pihak perhilitan

PALING BERKESAN: BUAT PERANGKAP
dijamin tertangkap,sekiranya monyet lapar dan bangang, pasti masuk kedalam perangkap yg dipasang. TAPI, kena keluar modal sikit untuk buat perangkap tuh dan umpannya sekali...

TERSANGAT BERKESAN :  BANTUAN DARI PIHAK PERHILITAN .
apa lagi tembak ajerlah..
mati ditembak oleh pihak perhilitan

Sunday, July 3, 2011

MAKHLUK PEROSAK KINI KEMBALI

 TIKUS
Tikus yang bertelinga capang(tikus sawit) ni lebih jahat dari tikus tanah..Lari memang laju punya, pantang ajer ada benih pokok yang baru cambah habis dia kebas semuanya.TAPI,sepandai-pandai tikus melompat akhirnya kesangkar jua..
jahat giler.


musuh utama dikawasan kolam aquaponic
SERANGGA MERAH(BENTUK MACAM KUNANG-KUNANG)
serangga kecil tapi kuat makan,abis  daun pokok bendi menjadi mangsa

S



BELALANG

RUPANYA SEPERTI CENGKERIK