Showing posts with label tangki takungan. Show all posts
Showing posts with label tangki takungan. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

MENGUJI TAHAP KEASIDAN AIR KOLAM


Sudah menjadi fitrah alam,air menjadi suatu sumber keperluan hidup manusia,haiwan tumbuhan dan sebagainya. Kemudahan yang dianugerahkan dari Illahi bagaikan tidak terhitung nikmatnya. Air yang bersih perlulah dirawat sebelum digunakan. Di kolam aquaponik ini terdapat 3 sumber air yang datangnya dari..
  • air paip      30%
  • air hujan    10%
  • air perigi    70%
 Air dari perigi adalah diutamakan penggunaannya kerana mungkin  jimat dan mudah dikendalikan. Namun begitu air didalam tanah mengandungi keasidan yang tinggi dan perlu di"neutralkan "terlebih dahulu.
perjalanan air perigi ke dalam kolam utama

UJIKAJI PEMERIKSAAN AIR DIJALANKAN.

pelbagai jenis air yang diambil dikawasan berasingan

air di dalam perigi terlalu berasid.
  • tidak sesuai dimasukkan terus kedalam kolam. 
  • perlu simpan ditangki 1  terdahulu, untuk proses pemendakkan kekotoran   
penurunan pH berlaku setelah air perigi dimasukkan kedalam kolam kanvas.
  • dikolam kanvas, dimana percampuran air hujan,air paip dan air perigi berlaku.
  • pemantauan tahap keasiadan air dengan maenggunakkan aikan yang sensitif terhadap air seperti ikan kap rumput 
ternyata air didalam kolam utama adalah neutral
  • TIDAK  perlu risau tentang air yang mengandungi klorin lagi
  • TIDAK  perlu bimbang tentang kematian ikan terhadap kualiti air

Monday, April 15, 2013

SERVIS TANGKI SIMPANAN AIR 1

Tangki simpanan/mendakkan/takungan air 1

Hampir setahun tangki ini tidak dibersihkan, kini kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.
  • Sumber air = perigi
  • sumber tekanan = pam aquarium 2000 liter/h
  • sumber elektrik = cuma 1/2 jam sehari
  • tempoh pembersihan = tidak tentu
"main power" dalam cucian tangki
Isteri aku yang boleh melakukan pembersihan dalam tangki ini. Kalau aku masuk pasti pecah...

kekotaran yang melekat di dinding tangki

hasil mendakkan dari tanah merah.
air tanah merah terhasil.
 

Tuesday, November 20, 2012

CUCI TANGKI TAKUNGAN AIR PERIGI

TANGKI TAKUNGAN AIR PERIGI  (TUBEWELL)
 Hampir setahun tangki ini tidak dibersihkan dan dibiarkan airnya termendak dengan sendirinya. Air yang dimaksudkan adalah air perigi yang digali kemudian dipam kedalam tangki pertama . Seterusnya dikumpulkan kedalam tangki ini sebelum disalirkan kedalam kolam.



 Kekotoran ditahap maksimum. Yang berwarna merah itu adalah hasil mendakkan tanah merah.
perlu dicuci
Apabila mendakkan ini tidak dicuci, kandungan pH air akan bertukar dari neutral kepada beralkali.

ikan yang tahan lasak seperti keli @ puyu akan mati.
Bagi memastikan air itu selamat digunakan,ikan yang tahan lasak seperti keli atau puyu dibiarkan hidup didalamnya. Seandainya ada kematian yang katara,pembersihan perlu dilakukan dan pH air diuji semula.

perangkap kekotoran yang digunakan dicuci semula