Showing posts with label ikan ketutu. Show all posts
Showing posts with label ikan ketutu. Show all posts

Monday, November 26, 2012

DALAM DIAM IKAN KETUTU SUDAH ADA BABY..

ANAK KETUTU..
Hampir 2 tahun sudah tidak beli lagi ikan ketutu samada anak mahupun dari hasil pancingan orang. Maklumlah,ikan ketutu nie memang payah dibela,ditambahkan pula spesis ini semakin berkurangan. Setelah 2 tahun berlalu selepas raya cina tahun 2010, 'balance' yang tinggal tidak lebih 50 ekor. Dibiarkan hidup liar tanpa penjagaan rapi lagi (pandai-pandailah nak hidup). TAPI... hari ini terdapat pula anak ikan ketutu kecil hidup dikolam (area tumbuhan aquatik). Dijumpai semasa pembersihan perangkap kekotoran (sluged) .Ini bermakna ikan ketutu sudah membiak secara semulajadi..ALHAMDULLILAH.. Jumlahnya masih belum diketahui lagi.
post terdahulu

ikan ketutu bersaiz 5 cm

 ikan k22 dijumpai semasa pembersihan kolam
Untuk makluman ikan ketutu ini memang harganya terbaik...

Thursday, September 15, 2011

IKAN KETUTU DISERANG PENYAKIT.

Kali ini ikan ketutu pula menjadi korban dari serangan penyakit. Pening kepala dibuatnya, benih susah nak dapat,mahal pulak tuh harganya..Terdapat 7 ekor yang sudah mati setakat ini.. Buat masa sekarang nie, kuarentin dijalankan dan kolam perlu dibersihkan dengan segera. Segala jenis ubat diletakkan kedalam kolam.

permukaan kulit ikan ketutu seperti digigit/macam kena kudis pun ia..

rugi...rugi... nak buat camner ek..

2 ekor yang baru ditemui mati.. bau mmg kaw-kaw punya.
mangsa yang mati mempunyai tanda2 yg serupa.
Diharap pembaca dapat memberikan nasihat atau cadangan yang berguna utk dikongsikan bersama-sama.
terima kasih.

Monday, April 4, 2011

AKUARIUM(HOBIKU MEMBELA IKAN) BAHG 2

ikan kaloi merah dicampur dgn ikan naga


Ikan kaloi ini dibela dari saiz dua jari hingga sekarang(2 tapak tangan). Umurnya mencecah sekitar 5-6 tahun.
 ikan kaloi bintik ini berumur sekitar 4-5 tahun. Dulunya harga sebesar 2 jari baru 8 ringgit jer dan sekarang ada org offer nak beli dgn harga 200 ringgit. Tapi tak jual lah.. tunggu sampai harga 500 kot.
satu akuarium ada 4 spesis ikan.
ikan kaloi sabah dan ketutu ajer
ikan ketutu bersaiz 2-3 inci
ikan ketutu ini dibela utk mengkaji tentang pemakanannya dan tabiatnya sebelum dimasukkan kedalam kolam. Pada peringkat awal ikan ketutu agak susah dijaga.Hanya ikan kecil( spt guppy) dan anak udang saja makanannya.
sifat ikan ketutu ini suka menyorok dan bersendirian

Thursday, October 21, 2010

IKAN KETUTU


Penternakan ikan ketutu sememangannya menguntungkan tapi perliharanya tidak mudah. Banyak hal perlu diambil tahu dari segi kualiti air ,pemakanan,persekitaran sekeliling dan penyakit. Kolam yang dibina merangkumi semua aspek. Mengekalkan satu ekosistem yang sempurna tanpa mencemarkan alam sekitar. Membolehkan khasiat ikan yg diternak sama seperti habitat asal.

video ikan ketutu yg dijual semasa tahun baru cina 2010


Tuesday, October 19, 2010

IKAN TALAPIA DAN KETUTU DILEPASKAN.

-Sebanyak 60 ikan talapia dilepaskan (peringkat percubaan)
-gambar ikan ketutu memang tidak kelihatan kerana ikan ini memang suka menyorok dan tak mahu bergambar.
gambar ikan talapia diambil pada waktu mlm dan sebanyak 15 ekor telah terkorban dan dimakan oleh ikan ketutu.