Wednesday, October 19, 2016

UPGRADE BAHAGIAN HIDROPONIK

DAHULUNYA kedudukan hidroponik tidak teratur maksudnya ada sebahagian dibelakang  dan sebahagian lagi ditepi kolam. KINI, kesemuanya dihimpunkan di satu tempat sahaja.

bahagian hidroponik

kacang panjang tidak menjalar menjadi pilihan.



sudah mengeluarkan hasilnya
penukaran air dibawahnya dibuat 4 kali sehari secara automatik. bagi membekalkan akar pokok sentiasa mendapat nutrien semulajadi yang berterusan.

pokok selom (ulaman)
pucuk muda dimakan dan bahagian bawahnya disemai semula.

BUKAN SEKADAR KOLAM AQUAPONIK DAN HIDROPONIK SAJA...

Kebelakangan ini saya jarang menge'post' dan meng'update'kan  di dalam blog ini. Terlalu banyak benda/kerja yang nak dibuatnya sehinggakan tak sempat nak ambil gambar. BILA TAKDE GAMBAR TAKDELAH CERITA. Jadi ,ada cerita pun yang sudah ketinggalan.. Anugerah tuhan menjadikan saya manusia yang  serba boleh ditambahkan lagi mendapat seorang isteri yang macam saya.Kreatif,inovatif dan positif dalam segala hal bagi menjayakannya,,..  Alhamdulillah..

Diantara tugasan yang dilakukan sendiri.
  • mendirikan sebuah kolam ikan
gambaran sekitar thn 2014
  • mendirikan reban ayam,itik dan angsa
    gambar thn 2012
  • membina sebuah reban arnab

  •  dua buah reban burung(baji  dan terkukur)

  • mendirikan sebuah pondok gazebo

Jadi, masa terlalu singkat untuk maintain kesemuanya  untuk berjalan lancar dari segi kebersihan dan kesihatan ternakan.

Tuesday, October 18, 2016

DIY TEMPAT MAKANAN ARNAB


Arnab adalah makhluk Allah yang sangat comel dan menarik. Cuma kelakuannya yang agak aktif diwaktu malam dan masa siangnya banyak tidur saja. Dahulunya bekas makanan arnab adalah bekas plastik ( botol sos/tiram plastik) terpakai yang digunakan. 


Namun begitu bekas makanan dari plastik cuma bertahan selama beberapa minggu saja. Habis digigit dan dilubangkan.


Kini masalah sudah selesai, bekas makanan diperbuat dari cermin. Masih lagi bahan yang dikitar semula iaitu cermin tingkap nako..
Cara pembikinan agak susah sikit tapi boleh bertahan lama selagi tidak jatuh ke lantai. Berhati-hati semasa proses membuatnya kaca halus mudah mencucuk jari anda...





Dengan cara ini dedak yang dihidangkan tidak tumpah mahupun dikais-kais. Boleh menampung bekalan makanan selama 2 hari. Semakin tinggi bekasnya , semakin lamalah bekalan makanannya.
Selamat mencuba..



SELAMAT MENCUBA,,