Wednesday, July 3, 2013

PROJEK TERBARU- TONG BIRU UNTUK TANAMAN AQUAPONIK

TONG BIRU (CHEMICAL )
Hasil sumbangan dari bapak sedara. Diberikan secara percuma bagi menyokong usaha "kitar semula" dari hasil bahan buangan. 
HARI PERTAMA
sebanyak 10 biji  tong biru diberikan
dipotong terdahulu .kemudian cuci sebersih yang mungkin
penyediaan tapak

menyediakan tempat untuk meletak tong-tong biru

disusun terlebih dahulu
direndam semalaman dan cuci hingga bersih

Tuesday, July 2, 2013

HASIL TANAMAN AQUAPONIK (PETOLA DAN PUDINA)

PETOLA
awal permulaan penyemaian (petola)
-ditanam didalam tong polistrine.
-secara hidroponik
-media tanaman dari bahan kompos
- hasil tuaian 8 batang( lebih kurang 2 kg) buat masa sekarang


inilah hasilnya



 PUDINA
-ditanam didalam bahan terbuang (instant maggi cup)
-secara aquaponik
-media tanaman leca dan batu greywell
-hasil tuaian melebihi 4 kg


segar dari ladang

sekali tuaian melebihi 3 kg
 Bila dah banyak sangat tak tahu pulak nak buat apa....  sebahagian diletakkan didalam kenderaan dijadikan pewangi.. sebahagian lagi dikisar untuk buat racun serangga... selebihnya diberikan kepada jiran tetangga.

BERAKHIRNYA TANAMAN KOMPOS (3 BULAN)

SETELAH 3 bulan berlalu, kini tamatlah sudah bahagian pertama. Kebanyakkan pokok yang ditanam sudah mulai kering dan ada juga tidak mengeluarkan hasil (pokok labu),

keadaan persekitaran tidak lagi ceria.

foto diambil sewaktu keadaan berjerebu.

 Kini proses pembersihan dijalankan.




Sunday, June 9, 2013

BATAS KOMPOS DARI BAHAN TERBUANG 2 (HASIL)

SETELAH SEBULAN SETENGAH BERLALU

Kini telah membuahkan hasil. Kelesuan dalam pembikinan batas ini telah terubat...Namun itulah namanya bila berjasa pada tanah. Alhamdulillah.......



PANDANGAN KESELURUHAN BATAS





YANG TIDAK SEMPAT DITUAI/TERLEPAS PANDANG








GANGGUAN ELEKTRIK PENYEBAB KEMATIAN IKAN

KEMATIAN IKAN YANG TIDAK DIDUGA
Berpunca dari terputusnya bekalan elektrik yang lama yang disebabkan ribut petir. Ditambahkan lagi dengan ketiadaan orang tua ku dirumah yang sedang bercuti. Nak buat macam mana dah takde rezeki.. Reda ajerlah.

Kebanyakkan ikan jenis LAMPAM EMAS ,LAMPAM JAWA DAN JELAWAT. Ini kerana spesis ikan ini memerlukkan banyak oksigen dalam air.
purata ikan yang mati bersiaz 150gm-300gm seekor

jumlah kematian ikan melebihi 40 ekor
Setelah terjadinya perkara seperti ini penukaran air perlu dilakukan demi menjaga kualiti air bagi mengelakkan dari terjadinya jangkitan kuman dan parasit.
Langkah seterusnya Ph air diperiksa sekerapnya mungkin.
PH air yang diperiksa

PH air yang ideal dan sesuai utk ikan air tawar
SECARA KESELURUHAN PH AIR YANG SESUAI DIKOLAM INI ADALAH TIDAK KURANG DARI 6.5 DAN TIDAK MELEBIHI 8.0

Tuesday, May 28, 2013

BUAH/SAYURAN DARI AQUAPONIK SISTEM


 









BATAS KOMPOS DARI BAHAN TERBUANG 2

POST YANG TERDAHULU
SETELAH DUA MINGGU BERLALU..

pertumbesaran pokok yang ketara

plastik hitam banyak membantu dalam melembabkan permukaan tanah

POKOK/SAYURAN YANG DISEMAI

  • PERIA BESAR
  • PERIA KATAK (KECIL)
  • LABU
  • TIMUN
Kesemuanya tumbuhan ini adalah jenis yang menjalar.
buluh digunakan sebagai tiang sokongan 
 KINI, 4 MINGGU SUDAH BERLALU

inilah hasilnya..
Kawasan batas kompos kini menjadi sesak...Ada sebahagian pokok ini sudah mula belajar berbunga..


Belajar dari kesilapan..Apa silapnya? Lubang diantara sama satu sama lain terlalu dekat... apanya ditanam semuanya menjalar.. takut nanti abis roboh tiang buluh yang ada.

pandangan seluruh batas kompos
Bersama-sama kita nantikan hasilnya pula...

Monday, April 15, 2013

PEMBIKINAN BATAS KOMPOS DARI BOTOL TERPAKAI

BATAS KOMPOS
 
Sebelum nie sudah buat batas kompos, tapi tiada masa untuk menjaganya. Maklum ajerlah terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan.

batas kompos yang terdahulu   separuh daripadanya sudah tinggal kenangan.

 
  • mula-mula kumpul botol sebanyak yang boleh. (botol dari kegunaan sendiri)
  • lepas tu ,botol dipacak terlebih dahulu. hati-hati , kalau  ketuk terlalu kuat nanti boleh pecah.
  • bila dah siap, masukkan daun-daun kering,kertas ke, atau apa saja yang boleh mereput. 
  • selepas itu siram daun-daun kering dengan air mendakkan kolam . biarkan daun kering menjadi lembab.(dilakukan semasa pembersihan kolam).
  • dah abis siram , tanamkan dedaun itu dengan tanah bercampur tanah bakar (sisa bahan pembakaran)

  • kemuadian rata tanah tersebut dan dibiarkan selama beberapa hari. kena siram setiap hari sehingga ada keluar rumput (tumbuhan yg hidup).
  • ratakan lagi dgn tanah sekiranya ada permukaan tanah tidak rata. nak bagus lagi siram dgn EM (efektif mikroorganisma) mencepatkan proses pereputan .
  • memandangkan masa untuk penjagaan batas ini terlalu terhad, kaedah pembungkusan plastik hitam(silver shine) dilakukan. memudahkan kerja penjagaan.
hasil sampingan semasa pembersihan batas 
 

SETELAH SEMINGGU
  • Lubangkan plastik tersebut dan semailah apa yang hendak ditanam. 


  bersambung....

SERVIS TANGKI SIMPANAN AIR 1

Tangki simpanan/mendakkan/takungan air 1

Hampir setahun tangki ini tidak dibersihkan, kini kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.
  • Sumber air = perigi
  • sumber tekanan = pam aquarium 2000 liter/h
  • sumber elektrik = cuma 1/2 jam sehari
  • tempoh pembersihan = tidak tentu
"main power" dalam cucian tangki
Isteri aku yang boleh melakukan pembersihan dalam tangki ini. Kalau aku masuk pasti pecah...

kekotaran yang melekat di dinding tangki

hasil mendakkan dari tanah merah.
air tanah merah terhasil.