Tuesday, February 19, 2013

MENGAWAL DAN CARA MENGHAPUSKAN BENA PUTIH (APHIDS)

POST TERDAHULU (serangan aphid) 

Bena putih atau dikenali juga sebagai kutu daun(aphid) adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut(herba). Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya menggunakan kaedah parthenogenesis , iaitu dengan penklonan bena betina.Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena. Anak-anak bena ini akan matang dam boleh membiak dalam masa 7-10 hari. Ia hidup dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun. Biasanya kutu daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan dicelah-celah ranting.

Ada pelbagai racun dipasaran untuk membunuh kutu daun ini seperti bifenthrin dan malaxion namun racun serangga ini tidak selamat digunakan keatas tumbuhan yang boleh dimakan. Selalunya kita perlu menunggu lebih dari 10 hari sebelum mengambil tumbuhan untuk dimakan selepas dirembur dengan racun serangga.

Adalah lebih selamat jika kita menggunakan kaedah kawalan biologi ataupun menggunakan bahan semulajadi untuk memerangi serangga ini. Kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan campuran pencuci pakaian dan minyak masak.Air cucian pakaian dari mesin basuh boleh digunakan untuk tujuan ini. Masukkan air ini kedalam botol penyembur dan titiskan beberapa titis minyak. Semburkan air ini pada tumbuhan yang dijangkiti dengan memastikan bahagian yang tersembunyi seperti di belakang daun dan celah ranting juga terkena semburan.Anda akan dapati bena akan berkuranga dan terhapus sama sekali setelah diulang beberapa kali.

Satu cara lagi ialah dengan menggunakan bawang putih dan bawang merah. Beberapa ulas bawang putih dan bawang merah dikisar hingga lumat dan dicampur air. Air ini ditapis dan dimasukkan ke dalam botol penyembur dan disembur dengan kaedah yang sama seperti diatas. beberapa jenis minyak seperti minyak neeem, minyak bawang putih, minyak canola, minyak bijan dan minyak soya juga boleh digunakan untuk tujuan ini.

Kaedah kawalan biologi juga boleh digunakan untuk menghapuskan serangga ini.Jika terdapat mentadak dalam taman anda biarkan ia disitu kerana bena putih ini boleh menjadi santapan yang lazat bagi mentadak.Ladybird(Hippodamia convergens) , sejenis kumbang berwarna merah dengan bintik-bintik hitam merupakan serangga yang paling berkesan digunakan sebagai kawalan biologi terhadap bena.Selain dari menjadi aksesori penghias taman anda kumbang ini juga akan menolong anda menghapuskan si bena putih. (Awas - Kumbang Tanduk pula merupakan ancaman kepada pokok kelapa)
Jika anda ada cara lain untuk menghapuskan bena putih, sila kongsi bersama kami
Post a Comment