Thursday, February 21, 2013

TANAMAN KOMPOS : TONG CAT TERPAKAI

TANAMAN KOMPOS
Kompos adalah  sejenis baja semulajadi yang terhasil daripada proses pereputan bahan. Contohnya seperti  sisa tanaman, sisa dapur,kertas,mendakkan air kolam dan bermacam-macam lagi.
Bagi saya semua bahan yang ada perlulah dikitar semula, sayang jika dibuang begitu saja.

Daun yang sudah dipotong / cantas digunakan dalam pembikinan tanaman kompos nie.

dahulunya tong ini disi penuh,

kini telah susut hampir separuh kerana proses pereputan telah berlaku
Setiap sejam selama 15 minit air akan dipancutkan kedalamnya.Bertujuan untuk melembabkan dan mencegah dari kemasukkan sang semut.
sudah disi semula
bahan-bahan yang terkandung didalamnya adalah
  • daun-daun kering
  • kertas suratkhabar
  • kotak kertas
  • serbuk teh
  • sedikit tanah
air dari kolam disalirkan kebahagian tengah

Last sekali, disikan/disiramkan dengan kotoran kolam (sludge).


kesuburan pokok strawberry
Inilah hasilnya... kesuburan yang ketara.

Yang pasti didalam tong ini terdapat cacing-cacing yang sedang berkerja. Kerjanya makan apa saja yang ada.

No comments:

Post a Comment