Tuesday, October 19, 2010

9 BULAN SELEPAS KOLAM DISIAPKAN (MALAM)

-pokok pengaga air kelihatan subur dan didalamnya ada udang-udang kecil.

ini adalah tangki yg dibuang digunakan semula terletak diluar kolam.
didalamnya di letakkan ikan keli tapi hampir semuanya kojol disebabkan pH air terlalu tinggi.
dipermukaan air dibiarkan pokok kiambang kecil hidup bagi mengidupkan dan memulihkan semula ekosistem didalam air.

pasu kecil dikeliling kolam besar ditanam pokok sawi. Pokoknya agak mendukacitakan kerana biji benih mungkin kurang berkualiti. Pasal biji benih dibeli dikedai seringgit.keh keh keh.
-didalam kolam kecil diletakkan duckweed dan kiambang. ikan-ikan kecil diletakkan bersama..
tapi sekarang semua duckweed sudah tiada. akibat dibaham oleh ikan talapia yg terlepas.


pokok tomato yg ditanam di polistrine akan membesar dgn baik.
cuma benihnya dibeli ditempat murah(kedai singgit),pokoknya hanya berdaun saja.bunga dan buah tiada ,tinggi nya hampir 7 kaki.
Jadi, tanpa membuang masa saya cantas dan membuangnya saja.hampeh...


gambar diambil pada waktu malam

No comments:

Post a Comment