Tuesday, February 8, 2011

PELBAGAI PENAPIS

PENAPIS(FILTER).
Pelbagai penapis diguna bagi mengelakkan kekotoran yang melampau.Maklumlah air yang dipakai dari air perigi.
Dan air sentiasa di pam kedalam kolam nak jimatkan bil air kononnya.
PENAPIS AIR PERIGI
video: air perigi yang digunakan.

pembersihan penapis perigi

Air perigi yang dipam disimpan dahulu kedalam tangki fiber bertujuan pemendakkan air yang bercampur tanah.Kemudian disalirkan kesebuah lagi tangki fiber untuk tujuan yang sama.Seterusnya ditapis lagi dgn span(aquarium filter) dan baru ler dimasukkan kedalam kolam.
masih lagi terdapat saki baki kekotoran air yang bercampur tanah.
air keruh takpe janji ikan tak mati sudah... PH air dijaga setiap minggu,diantara 6-8.

PENAPIS KOLAM UTAMA
Sebuah pam besar digunakan utk mengepam air masuk kedalam penapis utama dan disalirkan kesetiap tangki yang berisi leca.
pam yg mampu menyedut air dlm 6000 liter per jam
ditapis dahulu sebelum disalirkan ke growbed(leca)
inilah perjalanan air
PENAPIS AIR HIDROPONIK
Dikeliling kolam terdapat batang paip yang dilubangkan dan dibubuh dgn pasu-pasu kecil,kira macam tanam pokok atas air(hidroponik).
menapis segala kekotoran yg terdpt didlm btg paip.

projek hidroponik ini kurang berjaya banyak benih disemai tidak menjadi.Bermungkinan kedudukan pasu terlalu tinggi atau dalam dan masih lagi dalam pembikinan serta penelitian.

dibahagian sisi sahaja pokok yang hidup

No comments:

Post a Comment