Sunday, August 13, 2017

PENGUBAHSUAIAN DARI REBAN KE BENGKEL

Sudah tiba masanya saya memerlukan sebuah bengkel .Dimana ianya boleh menempatkan keperluan barangan seperti mesin tebuk, pelbagai pam air,genarator dan lain-lain. Dengan adanya bengkel ini saya dapat menyusun dan menghimpun segala peralatan yang ada. 

Pengubahsuaian ini melibatkan tiga buah reban iaitu reban burung baji, reban burung terkukur dan reban arnab.


penyediaan tapak baru untuk 2 reban burung

menggantikkan jaring baru untuk reban burung

Ini juga melibatkan reban arnab. Rombakkan semula dilakukan demi keselesaan dan memudahkan kerja-kerja pembersihan.
saliran najis arnab tersekat
rombakkan reban dilakukan

60 % jaring reput
tip reban arnab
  • pemilihan material yang berkualiti(jaring tahan karat)
  • bingkai dari kayu tak sesuai (Mudah reput,tabiat arnab suka buat lubang)
  • pengurusan tinja (najis) mudah diuruskan dan tidak terkumpul.
  • pengudaraan yang sempurna dan kering

No comments:

Post a Comment