Tuesday, November 20, 2012

CUCI TANGKI TAKUNGAN AIR PERIGI

TANGKI TAKUNGAN AIR PERIGI  (TUBEWELL)
 Hampir setahun tangki ini tidak dibersihkan dan dibiarkan airnya termendak dengan sendirinya. Air yang dimaksudkan adalah air perigi yang digali kemudian dipam kedalam tangki pertama . Seterusnya dikumpulkan kedalam tangki ini sebelum disalirkan kedalam kolam.



 Kekotoran ditahap maksimum. Yang berwarna merah itu adalah hasil mendakkan tanah merah.
perlu dicuci
Apabila mendakkan ini tidak dicuci, kandungan pH air akan bertukar dari neutral kepada beralkali.

ikan yang tahan lasak seperti keli @ puyu akan mati.
Bagi memastikan air itu selamat digunakan,ikan yang tahan lasak seperti keli atau puyu dibiarkan hidup didalamnya. Seandainya ada kematian yang katara,pembersihan perlu dilakukan dan pH air diuji semula.

perangkap kekotoran yang digunakan dicuci semula