- terdapat dua tiga batang tiang mulai mereput (perlu ditukar dgn segera)
- penambahan kekuda(bumbung) dari 4 kepada 6 batang.
- menukar net hitam kepada "greenhouse film" (bumbung plastik).
- membersihkan dan melebarkan kawasan sekitarannya.
- memperbanyakkan lagi perangkap tupai dan tikus.
TRANFORMASI BERMULA...

beginilah rupanya bila bumbung kolam dibuka

bahan binaan yang perlu ditukarganti.

Pembantu yang setia.
Menggunakan greenhouse film ini banyak gunanya.mengukur dan mengunting "greenhouse film".
- kayu yang digunakan sebagai tiang sentiasa kering dan tidak mudah mereput.
- bila hujan masih boleh lagi bekerja dibawahnya.
- limpahan air(overflow) didalam kolam boleh dikawal .
- serangan serangga juga boleh dikawal.
KERJA-KERJA PEMASANGAN BUMBUNG DILAKUKAN BERSAMA ISTERI SAHAJA.
MENGAMALKAN AMALAN PERTANIAN DAN PENTERNAKKAN YANG BERKONSEPKAN PERTANIAN LESTARI SERTA MESRA ALAM. DEMI MEWUJUDKAN SATU EKOSISTEM YANG SEMULAJADI.
Wednesday, March 28, 2012
PENGUBASUAIAN BUMBUNG KOLAM DAN SEKITARANNYA
Setelah 2 tahun kolam dibina terdapat banyak masalah yang ditempuhi. Maka, pengubahsuaian dan penukarkan bahan perlu dilakukan.
CICAK TOKEK!!!....
Peristiwa menangkap cicak ini pasti mengemparkan dan mengembirakan. Pasal apa, dahulu pernah meletop cerita tentang cicak TOKEK ini dan kononnya sesiapa yang ada pasti akan menjadi kaya sekejap. Namun begitu,apa yang diharapkan menjadi punah. Setelah diteliti dan diamati ianya seekor anak BIAWAK..
Kalau ler betul itu seekor CICAK TOKEK sapa yang nak beli ekk...
| DITANGKAP DITIMBUNAN KAYU.. |
| CICAK TOKEK BERTUKAR MENJADI BIAWAK. |
Kalau ler betul itu seekor CICAK TOKEK sapa yang nak beli ekk...
Friday, December 2, 2011
HASIL DARI TANAMAN AQUAPONIK
Pokok yg terdahulu adalah pokok petola berus,kini digantikan dgn pokok kacang botol..Pokok petola berus mempunyai akar serabut yang banyak sehinggakan saliran air menjadi tersumbat.
kacang botol disemai secara:
kacang botol disemai secara:
aquaponik
![]() |
| pertumbuhan agak memberangsangkan |
hidroponik
![]() |
| sudah mengeluarkan hasil PROJEK TERBARU. -semaian bertingkat- Mengkhususkan satu jenis tumbuhan sahaja tapi beraneka spesis.
baru ada 3 jenis ajer pandangan semaian bertingkat coming soon ![]() |
GELAGAT SI ANAK DARA
inilah aksi si anak daraku sepanjang berada di kampung.
![]() |
| tak larat nak angkat yer.. |
![]() |
| org lain yang cabut ubi dia yang sibuk berposing. |
![]() |
| motor atok yang terbaru |
DILANDA BANJIR KILAT-(11-11-2011)
Kehadiran hujan lebat yang tidak diduga menyebabkan banjir sementara. Keadaan berlaku semasa ketiadaan kami sekeluarga kerana menghadiri kemajlis perkahwinan bapa saudara di Negeri Sembilan.
bahagian yang terjejas:
dapur
hadapan pondok/homestay
belakang rumah
hadapan pintu masuk kolam
mujurlah tiada kerosakkan yang teruk seperti barangan elektrik dan perabot. Barang yang kerap kali hilang pada musim banjir adalah selipar dan kasut.
PENGUBAHSUAIAN BATAS KOMPOS (1) KEPADA KOLAM KANVAS.
GAMBAR SEBELUM DARI (BATAS KOMPOS 1)
Kini batas kompos1 telah bertukar menjadi kawasan kolam kanvas. Kanvas ini dibeli dengan harga RM 120.00 panjang 25kaki dan lebarnya 5kaki. Bertujuan menyimpan air takungan hujan dan segala jenis anak ikan yang disauk serta hasil pancingan setiap minggu. Kononnya kolam kanvas ini dijadikan kawasan kuarentin ikan sebelum dimasukkan kedalam kolam simen.
Kini batas kompos1 telah bertukar menjadi kawasan kolam kanvas. Kanvas ini dibeli dengan harga RM 120.00 panjang 25kaki dan lebarnya 5kaki. Bertujuan menyimpan air takungan hujan dan segala jenis anak ikan yang disauk serta hasil pancingan setiap minggu. Kononnya kolam kanvas ini dijadikan kawasan kuarentin ikan sebelum dimasukkan kedalam kolam simen.
1.ACARA MEMBERSIHKAN KAWASAN
| tugasan ini yang paling mencabar dan memenatkan |
| tanah kompos dikumpul dan disimpan utk digunakan semula |
2.ACARA MENGUKUR KAWASAN
| setelah dibersihkan |
3.ACARA MEMASANG KOLAM KANVAS
-bersambung......
-REHAT SEMENTARA-
Buat masa sekarang ,kenalah jarang-jarang update blog ini. Disebabkan oleh masalah pada komputer. Pada mulanya kerosakkan pada harddisk(dah kong). Bila digantikan dgn baru timbul pula masalah lain. Kali nie pula lebih teruk lagi Motherboard pulak dah tak berfungsi.. Maka terbengkalailah segala usaha dan cerita. Mujurlah ada laptop pinjam, boleh juga update sikit sikit.
Thursday, September 15, 2011
SUASANA MERDEKA RAYA 2011
Keriangan di Aidilfitri membuatkan aku terlupa nak update blog nie.
Dengan kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf zahir batin kepada semua.
Dengan kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf zahir batin kepada semua.
IKAN KETUTU DISERANG PENYAKIT.
Kali ini ikan ketutu pula menjadi korban dari serangan penyakit. Pening kepala dibuatnya, benih susah nak dapat,mahal pulak tuh harganya..Terdapat 7 ekor yang sudah mati setakat ini.. Buat masa sekarang nie, kuarentin dijalankan dan kolam perlu dibersihkan dengan segera. Segala jenis ubat diletakkan kedalam kolam.
| permukaan kulit ikan ketutu seperti digigit/macam kena kudis pun ia.. |
| rugi...rugi... nak buat camner ek.. |
| 2 ekor yang baru ditemui mati.. bau mmg kaw-kaw punya. |
| mangsa yang mati mempunyai tanda2 yg serupa. |
Diharap pembaca dapat memberikan nasihat atau cadangan yang berguna utk dikongsikan bersama-sama.
terima kasih.
Friday, August 19, 2011
IKAN CARP DISERANG PENYAKIT.. (FISH DISEASES)
Kematian ikan yang dibela sudah pasti menyedihkan.. Apabila kematian berpunca dari penyakit yang berjangkit gerenti membimbangkan, takut-takut berjangkit pada kesemuanya. So, terpaksalah mencari ubatnya. Tapi sebelum itu, tangkap yang mana hidup dan berpenyakit saja dikuarentinkan dahulu..kalau dah kronik sangat buang ajerlah..
ini kali pertama kejadian seperti ini berlaku.. keadaan menjadi panik buat seketika, takut ianya berjangkit pada semua..Lantas pergi ke pusat khidmat nasihat dari kedai ikan berdekatan ..
| kesian melihat keadaannya. parah..parah.. |
| lukanya mengerikan tapi masih hidup lagi.. kuarentinkan.. |
| yang dah mati..perlu dibuangkan dgn segera. |
| ikan yang dikuarentin . airnya diletakkan garam sikit dan ubat yg dibeli. |
UNTUK TATAPAN BERSAMA TENTANG PENYAKIT IKAN
KEMASKINI TANAMAN AKUAPONIK
Hampir 3 minggu tidak membuat tinjauan terperinci tentang persekitaran kolam..Apatah lagi nak menjengok pasu-pasu yang dijadikan sebagai filter(growbed).. Masa terlalu suntuk dan ditambahkan lagi dengan membuat pengubahsuaian kenderaan.. Maklumlah, dah nak puasa.. nanti tak larat pulak..
gambar terdahulu: saliran-air-lama dijadikan tempat menyemai benih.

gambar terdahulu: saliran-air-lama dijadikan tempat menyemai benih.
v |
| tumbuhan menjalar hidup subur dan terus menjalar keatas bumbung kolamku |
![]() | |||
| dipenuhi dgn akar pokok petola berus. |
Pokok yang ditanam sudah pasti subur.. yang menjadi masalah salurannya tersumbat teruk.

![]() |
| akar sepanjang 1 meter setengah ditarik keluar |
![]() |
| paip flow air tersumbat teruk dan mengakibatkan air melimpah kluar.. |
video semasa proses pembersihan akar dilakukan.
Thursday, August 18, 2011
GELAGAT SI ANAK DARAKU..
Gelagat si anak dara sebelum bulan Ramadhan.
| makan nasi ambang dirumah atoknya (bkt gambir) |
| bagi makan kucing.. dihalaman rumah cik ngahnya |
| bermain belon sabun di taman riadah (port dickson) |
| kegemarannya sudah pasti..bermain pasir...(teluk kemang) |
TAMAT LATIHAN ASKAR DI PORT DICKSON
Pada 30/7/2011 tamatlah sudah latihan ketenteraan yang dilaluinya selama 6 bulan. Sememangnya tiada di dalam dunia ini pekerjaan yang paling mudah untuk dilaksanakan. Tanpa usaha yang gigih serta minat yang mendalam kita tidak akan berjaya. TAHNIAH..wahai adik aku...
Adik aku nie kurang berminat dalam hal-hal aquaponik dan dia mungkin tak tahu apa maksudnya. Namun begitu aku tak kisahlah.. at least dia banyak bantu aku dalam pembinaan kolam pada peringkat awal. Contohnya.klik disini.
| perbarisan tabik hormat.. |
| gambar sekeluarga dipadang kawad(port dickson) |
Adik aku nie kurang berminat dalam hal-hal aquaponik dan dia mungkin tak tahu apa maksudnya. Namun begitu aku tak kisahlah.. at least dia banyak bantu aku dalam pembinaan kolam pada peringkat awal. Contohnya.klik disini.
![]() |
| TAHNIAH BRO... SEMOGA BERJAYA.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)











v



