Wednesday, April 13, 2011

MEMBUAT MAKANAN IKAN(PALLET& FROZEN)

Makanan ikan dihasilkan mengikut teknik "asal boleh".Menggunakan dari bahan yang boleh dikitar semula. Makanan ini direka khas utk ikan ketutu saja tapi ikan lain pun boleh makan juga . Memandangkan kos memberi makan ikan ketutu amat tinggi terpaksalah mencari alternatif lain . Maka terciptalah "makanan ikan asal boleh" ini. Makanan ini telah diuji terlebih dahulu dan terbukti hasilnya menakjubkan.

Bahan-bahan yang digunakan ialah.

1.ikan-ikan yang direject(pasar),dibersihkan dan dikisar.

2.roti yg dah tamat tempoh,hasil sumbangan penjual burger

3.pallet yang dah siap

4.ikan bilis yg reject,dikisar terlebih dahulu.
Kesemua bahan dicampur dan dikisar menjadi sebati.


kemudian dikisar sekali lagi....
proses terakhir "menjadikan doh"
jika hendak menjadikan pallet,doh mestilah keras sedikit.
jika mahu dibekukan biarlah lembut sedikit doh tersebut.
siap dibungkus dan dibekukan.

inilah pallet buatan sendiri. perlu dikeringkan secukupnya.
kebanyakkan bahan-bahan diperolehi dari sumbangan orang dan bahan direject di supermarket. Kesemuanya dikitar semula dan dijadikan sumber makanan sampingan ikan.
"SELAMAT MENCUBA"

PS.jika berlakunya keracunan pada ikan saya tidak bertanggungjawab.

10 comments:

  1. waaa.. hebat tuan.. usaha tangga kejayaan..

    ReplyDelete
  2. salam tuan, mana mau dapat itu pengisar??

    ReplyDelete
  3. cari kat hypermarket boleh... kedai peralatan memasak pun ada..

    ReplyDelete
  4. Di tasik Empangan Bakun ada ramai orang ternak ikan. Tapi makanan kena import dari K.L harga mahal. Alangkah elok kalau tuan dapat bukak 1 kilang makanan ikan di Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kitar semula apa ada ada sisa makanan di sekitar bakun hehehe

      Delete
  5. uish.. bikin untuk pakai sendiri pun dah cukup bagus.. kitar semula jer barang yang ada.

    ReplyDelete
  6. steady la tuan..susah jumpa orang macam ini..

    ReplyDelete
  7. Kursus pembuatan makanan ikan masih ada buat lagi? boleh bg no tel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. krusus? takyah ler... gunakan ajer bahan terpakai..

      Delete
  8. Tuan salam hormat.....kenapa perlu dicampur baja pallet sedia ada.? Tq

    ReplyDelete