Tuesday, November 13, 2012

SURPRISED PROJECT - reban baru - (PART 3)


HARI KELIMA
  • sambungan dari kerja-kerja yang tak siap semalam
saling bantu membantu
adjust yg mana tak betul. jgn sampai terlucut kain sudah..
dawai(brc) perlu diikat rapi utk elakkan dari musang/ helang masuk
  • membuat pembahagian kawasan/ ruangan(patitions)

ini adalah kawasan arnab
disekeliling kawasannya perlu dikorek sedalam 1/2 kaki
kayu reban lama yang perlu dikitar semula

HARI KEENAM (FINAL DAYS)
  • memasang kepungan disekeliling reban dibahagian bawah dengan menggunakan bumbung simen lama(edeck)
  • memperkemaskan ruangan dalam reban
RUANGAN UNTUK AYAM SERAMA



RUANGAN UNTUK AYAM KAMPUNG DAN ITIK

pandangan dari sisi reban

port untuk ayam bertelur



kolam mandi untuk itik saiz kecil

RUANGAN UNTUK ARNAB

port untuk sang arnab berteduh

keselesaan yang ketara


PANDANGAN KESELURUHAN REBAN BARU
HAMPIR SEMINGGU SAJA KAMI SEMUA BERJAYA MENYIAPKAN KESELURUHAN REBAN BARU INI. KEJUTAN UNTUK AYAH....
DAN
TERIMA KASIH PADA MEREKA YANG MEMBANTU MENJAYAKAN PROJEK INI.

SURPRISED PROJECT ( reban baru )part 2


Projek pengubahsuaian reban ini dicadangkan oleh emak aku. Beliau beriya-iya sangat untuk melihat projek ini berjaya. Bukan saja ini satu kejutan untuk bapa aku, malah memudahkan ianya memberi makan pada  setiap ternakan. 
HJH ROHANA BTE KEMIN (emak aku)
HARI KEDUA
  • merobohkan reban arnab dan kayunya digunakan semula 
  • pembersihan kawasan
roboh reban, kayu yang elok disimpan.yang kena makan anai-anai dibuang
pembersihan kawasan dilakukan
  • mendirikan tiang besi di sekeliling reban 
tiang besi yang dikonkrit..barulah kukuh.

dahulunya pokok durian didalam reban kini dianjak keluar

pohon markisar berada diluar reban kini akan dianjak kedalam atau dibuang
HARI KETIGA
  • memasang pagar disekelilingnya dengan menggunakan pagar hijau dan pagar terpakai
     
pagar asal diguna semula

memantau kedudukan pagar
aksi merobohkan struktur reban asal
alamak terlepas pulak ayam nie
 HARI KEEMPAT

  • memasang bumbung dengan pagar (brc)dan lagi separuh guna bumbung zink 
sebelum memasang bumbung
pendawaian mesti sempurna,khuatir dimasuki musang
pemasangan bumbung zink

50% hampir siap
Dengan adanya kerjasama dari semua pihak segala kerja akan jadi mudah

Monday, November 12, 2012

SURPRISED PROJECT (REBAN BARU) UNTUK BAPAKU


SURPRISED PROJECT
Membina sebuah reban besar yang boleh menempatkan ayam kampung, ayam serama, itik dan arnab.
Reban ini didirikan bagi menggantikan reban yang lama yang agak bersepah,kotor dan susah untuk diselenggarakan . Yang dulunya berkonsepkan asal boleh ajer dan kini akan merubah segalanya. Maklum ajerlah faktor usia "buat apa yang terdaya"..Kejutan ini hanya untuk bapa aku saja yang sedang bercuti ke Kuala Terengganu. Semoga dia akan teruja apabila balik nanti.

HJ DAGAN BIN KADIR ( bapa aku)

HARI PERTAMA.
  • Survey kawasan pengubahsuaian reban
  • Budget yang diperlukan dari segi kos pembinaan
  • memastikan keselesaan binatang ternakan/perliharaan
  •  kitar semula dari bahan yang sedia ada
reban tidak diurus dengan teratur dan sempit
reban arnab lama perlu dirobohkan
bersepah-sepah di kerjakan ayam dan itik
susah nak masuk ke dalam kena bongkok

air untuk minuman ayam kotor..
tempat mandi itik pun kotor
kurungan arnab sangat sempit 
reban 1 untuk  ayam serama yang uzur

reban 2 ayam serama

reban 3 ayam serama
     Dahulunya bapa aku seorang yang kreatif, mampu membina apa saja yang diinginkan. Kini, faktor usia dan tenaganya telah membataskan apa yang hendak dilakukan. Cuma mampu buat apa yang terlarat dan terdaya.

Wednesday, November 7, 2012

KOLAMKU

GAMBAR KESELURUHAN KOLAMKU

  • modal agak lumayan jugak
  • utamakan barangan terbuang untuk digunasemula (recycle)
  • hanya seminggu sekali dua, menjenguk ke kawasan kolam ini
  • semua pam diselaraskan dengan "auto timer"


JENIS IKAN YANG ADA
  • TALAPIA MERAH
  • TALAPIA HITAM
  • IKAN KETUTU
  • IKAN PUYU/BETUK
  • IKAN HARUAN
  • PATIN
  • JELAWAT
  • KELAH
  • IKAN NYONYOT/MAJLIS
  • IKAN SEPAT KAMPUNG DAN SIAM
  • KELI
  • MOLLY
  • GUPPY
  • RAINBOW
  • IKAN KAP
  • KALOI
  • IKAN KOI JEPUN
  • LAMPAM JAWA. 
Jumlah yang ada bukannya banyak. Sekadar untuk kegunaan dan kepuasan diri  sahaja. CUBA menjadikan keadaan atau suasana kolam dalam satu ekosistem yang semulajadi.

JENIS TANAMAN YANG ADA
  • PENGAGA
  • BENDI
  • STRAWBERRY
  • CILI PADI
  • SALAD
  • KAILAN
  • LABU
  • TIMUN (coming soon)
  • LOBAK MERAH
  • KUNYIT
  • KELADI
  • TONGKAT ALI ( dalam proses)
  • PANDAN
  • SAWI
  • CEKUR
  • BUNGA-BUNGA HIASAN
 Tanaman akan tumbuh dengan segar sekiranya tiada gangguan makhluk perosak. Inilah cabaran utama yang perlu diatasi buat masa sekarang bagi menjayakan kolam lestari ini.
BERKONSEPKAN  TERNAK,TANAM, TINGGAL DAN TUAI. Perlulah korbankan sedikit masa,tenaga dan wang. Insyallah akan berjaya..

Monday, November 5, 2012

ARNAB PUN ADA...

ARNAB
 Kalau duduk bandar jangan harap ler nak bela binatang nie.. Ada ajer orang komplen, bebudak dengki ler, kena curi ler dan pelbagai lagi ragam orang sekeliling. Maklum ajerlah kawasan terhad. Kalau di kampung apa-apa ajer kita boleh bela.. Jangan katakan arnab, tenuk pun boleh. Janji kena ada rajinlah ,setakat bela pastuh tak kasi makan pun tak guna juga.  

REBAN ARNAB

1ST MODEL REBAN ARNAB YANG MULA-MULA DIBINA

makan tak susah cabut ajer rumput yang ada.
UPGRED REBAN ARNAB
Bila dah membiak kawasan diperluaskan. Dari 2 ekor kini dah ada 8 ekor..

keluasan sekeliling reban.

belaian mersa diberikan

peace..

posing yang bergaya
UPGRED YANG KETIGA
Bilangan arnab semakin memberangsangkan. Reban pun kena kasi besar lagi. TAPI....
Hampir kesemuanya mati akibat diserang oleh anjing hutan.. Sebanyak 8 ibu dan 11 ekor anak mati digigit anjing.Selepas kejadian Reban arnab dibiarkan begitu saja. TANPA DIDUGA terdapat 2 ekor yang berjaya melepaskan diri

hanya tinggal kenangan
REBAN SEMENTARA
terselamat dari bahaya

terlalu sempit yea..

REBAN YANG TERLATEST BUAT KALI KEEMPAT.
Inilah yang reban yang terbaru..Mudah-mudahan si arnab nie ceria selalu dan bertambah membiak hendaknya.
dinding cermin tuh.