Monday, November 12, 2012

SURPRISED PROJECT (REBAN BARU) UNTUK BAPAKU


SURPRISED PROJECT
Membina sebuah reban besar yang boleh menempatkan ayam kampung, ayam serama, itik dan arnab.
Reban ini didirikan bagi menggantikan reban yang lama yang agak bersepah,kotor dan susah untuk diselenggarakan . Yang dulunya berkonsepkan asal boleh ajer dan kini akan merubah segalanya. Maklum ajerlah faktor usia "buat apa yang terdaya"..Kejutan ini hanya untuk bapa aku saja yang sedang bercuti ke Kuala Terengganu. Semoga dia akan teruja apabila balik nanti.

HJ DAGAN BIN KADIR ( bapa aku)

HARI PERTAMA.
  • Survey kawasan pengubahsuaian reban
  • Budget yang diperlukan dari segi kos pembinaan
  • memastikan keselesaan binatang ternakan/perliharaan
  •  kitar semula dari bahan yang sedia ada
reban tidak diurus dengan teratur dan sempit
reban arnab lama perlu dirobohkan
bersepah-sepah di kerjakan ayam dan itik
susah nak masuk ke dalam kena bongkok

air untuk minuman ayam kotor..
tempat mandi itik pun kotor
kurungan arnab sangat sempit 
reban 1 untuk  ayam serama yang uzur

reban 2 ayam serama

reban 3 ayam serama
     Dahulunya bapa aku seorang yang kreatif, mampu membina apa saja yang diinginkan. Kini, faktor usia dan tenaganya telah membataskan apa yang hendak dilakukan. Cuma mampu buat apa yang terlarat dan terdaya.