Tuesday, February 8, 2011

PELBAGAI PENAPIS

PENAPIS(FILTER).
Pelbagai penapis diguna bagi mengelakkan kekotoran yang melampau.Maklumlah air yang dipakai dari air perigi.
Dan air sentiasa di pam kedalam kolam nak jimatkan bil air kononnya.
PENAPIS AIR PERIGI
video: air perigi yang digunakan.

pembersihan penapis perigi

Air perigi yang dipam disimpan dahulu kedalam tangki fiber bertujuan pemendakkan air yang bercampur tanah.Kemudian disalirkan kesebuah lagi tangki fiber untuk tujuan yang sama.Seterusnya ditapis lagi dgn span(aquarium filter) dan baru ler dimasukkan kedalam kolam.
masih lagi terdapat saki baki kekotoran air yang bercampur tanah.
air keruh takpe janji ikan tak mati sudah... PH air dijaga setiap minggu,diantara 6-8.

PENAPIS KOLAM UTAMA
Sebuah pam besar digunakan utk mengepam air masuk kedalam penapis utama dan disalirkan kesetiap tangki yang berisi leca.
pam yg mampu menyedut air dlm 6000 liter per jam
ditapis dahulu sebelum disalirkan ke growbed(leca)
inilah perjalanan air
PENAPIS AIR HIDROPONIK
Dikeliling kolam terdapat batang paip yang dilubangkan dan dibubuh dgn pasu-pasu kecil,kira macam tanam pokok atas air(hidroponik).
menapis segala kekotoran yg terdpt didlm btg paip.

projek hidroponik ini kurang berjaya banyak benih disemai tidak menjadi.Bermungkinan kedudukan pasu terlalu tinggi atau dalam dan masih lagi dalam pembikinan serta penelitian.

dibahagian sisi sahaja pokok yang hidup

Wednesday, January 19, 2011

BATAS KOMPOS

PERINGKAT PERCUBAAN/PERMULAAN(MENANAM SAYURAN MENGGUNAKAN TANAH KOMPOS)
Ingin mencuba menanam sayuran menggunakan tanah kompos dengan kaedah perbatasan.Kompos yang dibuat sendiri dan masih peringkat percubaan.Kandungannya ialah rumput kering,daun durian kering,t,tahi kambing,tahi arnab dan tanah bakar.Kesemuanya disatukan dan dibiarkan selama 3 bulan.
Kebanyakkaan bahan yang digunakan dari bahan terbuang.

Batas dilitupi dengan plastik silver shine dan dilubangkan bagi memudahkan penyemaian benih.

Tuesday, January 18, 2011

HIDROPONIK

Akibat terlalu obses tentang tanaman sayuran terpikir pulak untuk mencuba kaedah hidroponik.Orang kata dengan cara ini tanaman lebih cepat dan mudah.Tak banyak karenah,cuma permulaannya agak mahal sikit, nak beli bekaslah,kapaslah,bajalah..TAPI tertarik dengan prinsip "3T" iaitu TANAM,TINGGAL,TUAI.maka,layan ajerlah..

 -Ini adalah percubaan pertama-
   diatur dengan cara bertingkat,kononnya nak jimatkan kos
    tapi GAGAL(air terlalu banyak dan kerap over flow)
-percubaan kedua-
tak lagi gunakkan share air(pump)

setelah seminggu disemai telah menampakkan hasil.Mudah mudahan subur hendaknya.

PEMBERSIHAN PENAPIS AIR(PERIGI)

Membersihkan penapis air bukanlah mudah terutamanya diletakkan di dalam  perigi.Setiap sebulan sekali penapis ini dicuci bagi menggelakkan kerosakkan. Maklum ajerlah budget ciput terpaksalah pakai pump aquarium.Pump ini berupaya mengepam air setinggi 2.5 meter dan 1000 liter per jam.Kira bolehlah support untuk back up air yang hilang didalam kolam.
Dengan menggunakan tong cat besar untuk dijadikan penapis air perigi.
 batu dijadikan sebagai pemberat dan diikuti dengan span halus dan kasar.
dah penat gunakan tangan acara pijak memijak dilakukan.

MENYEMAI BENIH SAYURAN

TANAMAN 1
 Selepas kejadian ribut banyak tanaman sayuran mati akibat dihempap bumbung. Sebahagian besar sayuran dimakan oleh tupai,tikus serta serangga. Jadi terpaksalah bermula semula dari peringkat awal iaitu menyemai benih baru.

 Diantara benih yang disemai adalah
  • lobak merah
  • lobak putih
  • timun
  • kobis bunga
  • kobis bulat
  • sawi
 benih sawi baru seminggu disemai

  • tomato ceri

Cuma sebilangan kecil sahaja tanaman yang mampu hidup selepas kejadian ribut.


Monday, January 17, 2011

MAJLIS PERKAHWINAN ADIK

Baru-baru ini saya terpaksa melupakan sekejap tentang "KOLAM AQUAPONIK".Selama 2 minggu tak menjenguk kolam dan memberi makan pada ikan.Maklumlah sibuk hendak menerima 2 adik ipar.
"KELUARGA DIDAHULUKAN,AQUAPONIK DIUTAMAKAN."
SATU MALAYSIA

majlis berlangsung pada 1.1.2011 (sabtu)
di Sungai Abong,Muar.Johor
Sabrina bte Hj Dagan dan Md Jumadi bin Hj Sohod.
Adik perempuan yang kedua.
Mohd Nizan bin Hj Dagan dan Nor Hidayah
adik lelaki yang ketiga
Bersama-sama kita mendoakan kebahagiaannya berkekalan sehingga akhir hayat. Amin...



Friday, January 7, 2011

SALIRAN AIR (LAMA)DIJADIKAN TEMPAT MENANAM POKOK.

SALIRAN AIR(BAHAN TERBUANG) DIGUNAKAN SEMULA DAN DIJADIKAN TEMPAT MELETAK PASU.


Saluran air lama yang dibuang diguna semula untuk dijadikan tempat meletak pasu-pasu kecil.
Didalam pasu tersebut diisikan dengan leca. Ini adalah peringkat percubaan. Cuma nak tahu "leca murah" ini bagus atau tidak..



Antara pokok cili (jenis buahnya macam buah tomato)yang ditanam diperingkat awal. Nampak segar cuma belum lagi mengeluarkan hasil.

Wednesday, December 22, 2010

MAHA 2010





MAHA 2010
Program yang diadakan ini bagus untuk semua golongan. Banyak ilmu dapat diperolehi untuk dikongsi bersama cuma larat dengan tidak ajer.. Yang meletihkan untuk sampai kedestinasi saja"traffic jam" kaw-kaw punya.

Wednesday, December 1, 2010

JANTINA IKAN TALAPIA@TILAPIA

Jantina ikan tilapia
Disini saya kongsikan beberapa keping gambar jantina ikan tilapia. Membolehkan kita semua mengenali yang mana satu jantan dan betina. Dari gambar sememangnya mudah tapi kalau ikan yang hidup susah beb..

inilah ikan yang dipelihara dan berpontensi untuk menghasilkan bakanya.




ikan tengah mengawan

perbezaan alat sulit. BETUL-BETUL MENYULITKAN.

betina lebih besar dari jantan.

dalam gambar memang senang nak tahu.

perbezaan ekornya pula.

no komen

semoga anda semua mendapat manafaat yang berguna.