Wednesday, November 6, 2019

RUMAH YANG DIBINA MENGGUNAKAN KAYU PALLET



RUMAH KAYU PALLET

  •  Kebanyakkan barang -barang yang terpakai digunakan spt sliding door,cermin tingkap,pintu dan banyak lagi.
  • Tenaga kerja hanya suami dan isteri.
  • Kerja-kerja hanya dilakukan pada hari cuti (Jumaat dan Sabtu)
 BULAN PERTAMA
  • Kumpul kayu pallet seberapa banyak yang boleh.

kayu pallet yang diambil
BULAN KE 2
  • Meratakan tanah
  • Membuat beam, naikkan balai besi, bumbung.



kayu pallet yang disumbangkan dari abg ipar

pallet yang sampai hendaklah dibuang pakunya dulu



BULAN KE 3
  • Bermulanya dari dinding. Kayu pallet datangnya tak sama saiz apalagi potong lah..
  •  


pandangan dari dalam rumah

pandangan dari depan rumah




pandangan dari sisi rumah

                                                    pandangan dari belakang rumah

BULAN KE 4,5 DAN 6
  • Siapkan bahagian dapur pulak
  • Siapkan bahagian dalam . Buat bilik tidur dan bilik mandi.

nak buat dapur lah pulak




terdapat 2 bilik tidur

Bilik mandi
meja makan dan dinding
BULAN 7 DAN 8
  • Tambah soyok (porch) depan
  • Mengecat syelek


  •  PANDANGAN DARI SISI ,HADAPAN DAN BELAKANG RUMAH




SORRY LAMA TAK UPDATE

LAMA TAK UPDATE

PERTENGAHAN BULAN SEPTEMBER 2018 SAYA MENGALAMI STROK KECIL. IANYA MELIBATKAN BAHAGIAN KANAN IAITU TANGAN , KAKI DAN MUKA.PADA MULANYA SELURUH BAHAGIAN KANAN AGAK LEMBIK DAN MULUT AGAK HEROT .
JADI, SAYA PERGI URUT , PERGI TERAPI DAN UBAT KAMPUNG.
ALHAMDULILLAH BAIK.
CUMA CAKAP JER ADA KURANG SIKIT. ORANG KATA SARAF KAT BAHAGIAN OTAK JER YANG BANYAK PUTUS.
SO,SORI TAK DAPAT UPDATE.

Monday, August 6, 2018

TEMPAT SEMAIAN SECARA HIDROPONIK "UPDATE"

POST TERDAHULU
Setelah seminggu percubaan tanaman kangkung dianggap berjaya.
Percambahan anak pokok mulai berkembang namun begitu ada juga anak benih menjadi busuk.

mula berkembang dengan sempurna

kacang botol dan kacang panjang menjadi busuk . mungkin benih sudah lama
Setelah bercambah dipindahkan didalam pasu kecil.

tanaman secara hidroponik

REBAN AYAM

REBAN 
Terdapat 4 bahagian didalam satu reban .
1.untuk ayam selasih
2.untuk itik dan angsa
3.untuk ayam kampung,serama,ayam poland,api-api,ayam hutan dan turkey
4.untuk tanaman


Untuk tanaman didalam reban pula, semaian secara hidroponik . Kaedah ini dikenali sebagai kuasa "ramp pump", supaya air dapat dialir secara berterusan.



DIY FISH FEEDING

DIY FISH FEEDING
 Memberi makanan pada ikan adalah perkara wajib dilakukan setiap hari. Kalau tidak ikan akan menjadi kurus, kepala besar daripada badan dan paling teruk adalah kematian.
Kehadiran saya cuma dua hari seminggu. Jadi , saya mereka cipta "alat memberi makanan" ini, supaya ikan tidak lapar lagi..

Alatan
  • motor viper kereta
  • batang paip 3/4 inci
  • spring 
  • timer
  • tranfomer 240watt ke 12 watt
  • botol minuman skala besar


Sunday, July 29, 2018

BOTOL MINYAK DIJADIKAN PASU

BOTOL MINYAK DIJADIKAN PASU

 Botol minyak nie memang mudah didapati , almaklumlah minyak paket sudah susah diperolehi. Dikatakan minyak paket nie untung sikit. Pening kepala difikirkan tentang minyak nie..
Saya nie orang berniaga , paling sikit pun 4 kilo minyak masak diperlukan. Ape boleh buat, botol pun sapu laa..
perlu dikumpulkan dulu,baru syok bila potongnya nanti
Caranya mudah, cuma potong bahagian atas dan buat lubang kecil dibawahnya. Dah siap..
sudah siap , buatlah lubang kecil dibawahnya


nak melintang boleh tapi memerlukan skill yang tinggi...hehhehe.




pokok rosemarry menjadi pilihan dihati

TEMPAT SEMAIAN SECARA HIDROPONIK

TEMPAT SEMAIAN
 Tempat sesuai diatas kolam kanvas (udang) dan disitu juga ada tempat takungan air. Semaian secara hidroponik. Diletakkan dipermukaan air saja , takut bila tengelam benih akan busuk.

try kangkung ,kacang botol dan kacang panjang

cuma dua petak jer dulu. cuba , try , test .

test semai kangkung pakai batang paip
beberapa biji benih kangkung diletakkan didalamnya

TANAMAN SELOM ,STRAWBERRY DAN ....

Pokok selom
Hampir 4 bulan tak diurus dan dibersih. Cuma tahu bila nak makan , ambil petik.

gambar sebelum

gambar selepas
Pokok strawberry
Ada dua tempat untuk strawberry nie.

 Tempat pertama diletakkan didalam pasu . Sistem yang dipakai adalah aquaponik jugak. Bila air penuh  ia akan flush dengan sendirinya.
pokoknya subur tapi belum mengeluarkan hasilnya
Tempat kedua pula diletak pada tang biru. Yang nie baru semai , tak banyak pokoknya lagi.





Pokok taktahu apa namanya "sesuai untuk makanan ikan"

Daunnya memang kegemaran ikan talapia kami





LAWATAN KE KOLAM AQUAPONIK

LAWATAN KE KOLAM AQUAPONIK

Saja jer nak tunjuk sekitar kolam aquaponik pada waktu malam. Disini juga ada tempat istirehat . Tapi waktu malam disyorkan untuk melepak disitu , waktu siang panas daaa... 



Monday, June 25, 2018

HASIL TUAIAN "CILI"

CILI
Mengambil masa 2 jam untuk mendapatkan 5 kg.

terdapat cili kampung dan vietnam



Tuesday, April 10, 2018

TANAMAN KOMPOS: TOMATO,CILI DAN TIMUN

CILI
Batasnya diisi dengan tanah kompos. Botol minyak masak dan botol kicap digunakan sebagai kepungan.


TOMATO

HASILNYA

Sunday, January 21, 2018

KUNYIT AQUAPONIK

KUNYIT
Ada tanam kat kolam, cuma 4 pokok ajer. Hasilnya memberangsangkan.

isinya dah terkeluar

asal tanam cuma 4 pokok ajer
kunyitnya agak pucat sedikit

nampak tak hasilnya
6 kilo sekali petik


UDANG (BLUE LOBSTER)

Udang  (BLUE LOBSTER)
hanya 10 ekor saja dilepaskan di dalam kolam kanvas. Tidak tahu mana satu jantan mana satu betina.




setelah 3@4 bulan, ianya mengeluarkan hasil. 
baby udang
 

Wednesday, October 25, 2017