Wednesday, April 13, 2011

MEMBUAT MAKANAN IKAN(PALLET& FROZEN)

Makanan ikan dihasilkan mengikut teknik "asal boleh".Menggunakan dari bahan yang boleh dikitar semula. Makanan ini direka khas utk ikan ketutu saja tapi ikan lain pun boleh makan juga . Memandangkan kos memberi makan ikan ketutu amat tinggi terpaksalah mencari alternatif lain . Maka terciptalah "makanan ikan asal boleh" ini. Makanan ini telah diuji terlebih dahulu dan terbukti hasilnya menakjubkan.

Bahan-bahan yang digunakan ialah.

1.ikan-ikan yang direject(pasar),dibersihkan dan dikisar.

2.roti yg dah tamat tempoh,hasil sumbangan penjual burger

3.pallet yang dah siap

4.ikan bilis yg reject,dikisar terlebih dahulu.
Kesemua bahan dicampur dan dikisar menjadi sebati.


kemudian dikisar sekali lagi....
proses terakhir "menjadikan doh"
jika hendak menjadikan pallet,doh mestilah keras sedikit.
jika mahu dibekukan biarlah lembut sedikit doh tersebut.
siap dibungkus dan dibekukan.

inilah pallet buatan sendiri. perlu dikeringkan secukupnya.
kebanyakkan bahan-bahan diperolehi dari sumbangan orang dan bahan direject di supermarket. Kesemuanya dikitar semula dan dijadikan sumber makanan sampingan ikan.
"SELAMAT MENCUBA"

PS.jika berlakunya keracunan pada ikan saya tidak bertanggungjawab.

Post a Comment