Hobiku sememangnya membela ikan air tawar.. tak kiralah apa spesis ikan pun. Janji murah dan senang dijaga. Kisah hobiku bermula dari pemberian aquarium oleh org tuaku. Pasal dia dah tak larat nak beri ikan makan lagi serta malas nak cuci airnya. So, akulah penggantinya..
sebahagian akuariumku |
Hampir kesemuanya akuarium yang ada adalah dari sumbangan org(yg malas nak bela ikan lagi), ada juga aku buat sendiri,dan ada juga aku ambil di tempat pembuangan sampah (yg elok saja)..
Saiz akuarium yang ada:
1.Berukuran 4 kaki x 1 1/2 kaki = 7 biji
2.Berukuran 3kaki x 1 1/2 kaki =3 biji
3.Berukuran 2 1/2 x 1 kaki=3 biji
4.Berukuran entah berapa(bikin sendiri)=6 biji (termasuk mini akuaponik)
5.Berukuran 3 1/2 kaki (cermin melengkung)= 1 biji (pemberian orang) berharga rm 899
jumlah kesemuanya ialah 20 biji.. Dah macam kedai akuarium pulak..he..he..he..
akuarium bertingkat 3 (hasil dari bikin sendiri) |
hasil ciptaan sendiri dari aquarium yg dibuang dan diberi nafas baru. |
dibuat dari cermin terbuang terbentuk spt lcd tv..cewah.. |
aquarium dijadikan mini aquaponic |
Diantara ikan yang aku bela ialah
kaloi biasa kaloi berbintik kaloi sabah kelisa perak lampam jelawat kelah merah angle fish molly guppy sepat kampung kap rumput oskar hitam ikan naga talapia hitam /merah
ketutu keli sopak tiger barb haruan kura-kura hijau
Sememangnya dah macam kedai akuarium pulak..Hobi membela ikan ini boleh menghilangkan rasa stress selepas bekerja.Tenang ajer......
No comments:
Post a Comment