Tuesday, February 14, 2017

UPDATE: TEMPAT MENGOMPOSAN TANAH DARI BAHAN TERBUANG.

POST YANG TERDAHULU
 Kini tempat kompos sudah diupgredkan kepada beberapa bahagian.Kalau tak,dulu kena tunggu lama proses pereputanya. Maklumlah bahan terbuang masih belum dijumpai yang dimaksudkan adalah tangki fiber.. Terima kasih kepada mereka yang menyalurkan sumbangan itu. Walaupun tangki bocor ianya amat berguna kepada aku.

BAHAGIAN 1 (TEMPAT PENGUMPULAN)
        Tempat simpanan sementara semua bahan (raw material) . Disitu tempat letakknya daun kering,kulit telur ,tahi arnab,tahi ayam dan memacam lagi.


BAHAGIAN 2 (TEMPAT PEMBALIKAN/GAUL BAHAN)
   Disini ita boleh rasa kehangatan bahan yang terkandung didalamnya, proses penguraian dan pereputan berlaku. Kalau waktu pagi kita boleh nampak berasap yang keluar semasa pembalikkan bahan.
  

 BAHAGIAN 3 (TEMPAT PENYARINGAN/TAPIS BAHAN)
   Memastikan tiada bahan yang belum reput sepenuhnya ada bercampur sekali.
   Pengasingan bahan seperti plastik,kayu atau ranting.