Tuesday, February 14, 2017

AQUAPONIK- LADA BANGALA , POKOK MULBERRY DAN ANGGUR

Growbed aquaponik bertindak sebagai tempat penyemaian sementara. Sekiranya aku nak tanam pokok besar yang menggunakan keratan batang ,aku akan cucuk kat dalam tong ni. Bila sudah keluar tunas barulah dipindahkan kedalam polibag.Sebelum nie aku ada juga menyemai biji durian, jambu loceng ,jambu gajus, dan memacam lagi. Setelah beberapa minggu dan percambahannya  sepanjang sekaki barulah dipindahkan.

KERATAN BATANG MULBERRY
Mula disemai bulan disember 2016

tempoh penyemaian yang hampir sebulan sudah mengeluarkan hasil

belum sempat pindah kat polibag dah keluar buahnya
Pokok mullberry ni kalau dibiarkan boleh mencecah bumbung...

CILI BANGALA
Mula disemai awal bulan disember 2016
disemai dari anak benih yang tumbuh didalam tong komposdan dipindahkan disini. Kira macam "suprised plant".ha ha ha..





ANGGUR
Mula disemai pada awal tahun 2016
Disemai melalui biji benih .tak sangka boleh tumbuh...
yang bakal dipindahkan keatas tanah.



No comments:

Post a Comment