BAHAGIAN HIDROPONIK
Terdapat 4 tempat( takungan /bekas) dibahagian hidroponik . Takungan ini berukuran 2 kaki x 8 kaki setiap satu. Diperbuat dari bahan terbuang iaitu pintu kayu lama dikepung dengan papan dan dilapiskan menggunakan kain rentang (banner) .
Sistem yang diaplikasikan hampir sama dengan aquaponik. Pengaliran air didalam takungan ditambah 1jam setiap hari. Lebihan air yang ada kembali semula di dalam kolam.Tanpa penggunaan baja kimia,biarlah taik ikan menjadi pilihan.
salad
Mula semai pada awal januari
setelah 3 minggu
Bertindak sebagai perangkap kekotoran/keladak kolam. Sebulan atau dua pembersihan dijalankan. Lazimnya apabila takungan air yang bertakung boleh mengundangan kehadiran nyamuk. Bila nyamuk dah datang bertelur .jentik-jentiklah hasilnya.
ikan laga
Sebagai pemusnah/pemangsa bagi jentik-jentik yang ada. Selain itu ikan laga boleh membiak didalamnya, dan sebagai pendapatan sampingan. Aku jual sekor rm2 hingga rm5 mengikut saiz,warna dan keunikkan.
keladak air kolam terkumpul |
Seandainya sistem pengairan berterusan seperti Aquaponik (yang ada "flush ")berlebihan pasti ikan laga tersedut sekali.
tempat menyorok ikan laga dibawah polistrine dan akar salad sebagai penapis air |
No comments:
Post a Comment