Wednesday, June 29, 2011

PEMBIKINAN BATAS-BATAS BARU (fasa 3)

Bila percubaan pertama membina "batas lestari" mula menampakkan kejayaanya. Disamping itu juga ,saya dapat  mengetahui apa kesilapan,kesusahan dan kepayahannya .Maka terbinalah batas-batas yg baru yang diusahakan sendiri tanpa bantuan org lain.Sememangnya usaha ini nampak berbeza dari yang lain namun kepuasan diri dapat dirasai..
gambar sebelum

bangun pagi gosok gigi,
sarapan terhidang sudahlah pasti,
tanah kosong masih luas lagi,
projek susulan akan menanti.

sayang rasanya bila tanah dibiarkan begitu saja
Beginilah bentuknya batas yg diusahakan, campuran  bahan kompos,tanah bakar,dan najis ternakan  diletakkan didalam. Kemudian di selubungi dengan plastik hitam(silver shine) bagi menggelakkan rumput tumbuh disekeliling tanaman dan menjadikan kawasan didalamnya sentiasa lembab.
setelah siap,batas dibungkus dan dilubangkan.
OLEH KERANA TERLALU OBSES TENTANG AIR DAN TANAMAN
maka terbinalah satu lagi batas lestari
sambungan dari batas yg kedua

kolam tanah yg dikorek dijadikan kawasan himpunan anak-anak ikan yg terlepas keluar dari air limpahan (overflow).
kolam tanah yg dikorek sedalam 1 1/2 kaki


PANDANGAN KESELURUHAN


SIKIT-SIKIT,LAMA-LAMA JADI BUKIT.
tak gitu?...




1 comment: