KURA-KURA
Bukan saja bela ikan adalah hobi aku..kura-kura pun ada jugak.. Hendak dikirakan mungkin melebihi 15 ekor. Tapi hampir kesemuanya mati semasa tempoh penjagaan dan ada jugak terlepas lari.
apa yang penting...kerja sama...... |
anakku bersedia memberi kerjasama. |
Nak dijadikan cerita, kura-kura yang ada nie adalah dari hasil pancingan aku. Nak dilepaskan pula rasa kesian pulak pasal mulut masih terkoyak . So, dirawat sementara waktu dan ditempatkan dikolam semulajadi yang direka sendiri.
Anak aku yang beria-ia sangat suruh buat kolam ini.
siap berposing lagi.. |
Kebanyakkan bahan yang digunakan dalam pembinaan kolam ini dari bahan terbuang. Contohnya tong polistrine(sebagai kepungan) ,botol (sebagai penghalang runtuhan tanah), penutup tong politank(sebagai takungan air), cermin aquarium(sebagai penghalang kura-kura memanjat).
terhasil dari bahan terbuang |
-
APA YANG PENTING...
- air sentiasa bertukarganti yang datangnya dari overflow air kolam ikan.
- sekiranya ikan yang ada didalam kolam mati, dijadikan santapan sangkura.
- sekeliling kolam ditanam dengan kangkung bagi memastikan makanan sentiasa ada.
- sebuah lanskap yang indah.
No comments:
Post a Comment