Monday, October 15, 2012

PERANGKAP KOTORAN(filter) DARI HASIL BUANGAN

PENAPIS
Penapis amat diperlukan bagi menjadikan sesuatua kolam itu bersih atau tidak. Bagi saya penapisan air sangat penting sebelum disalirkan kedalam media tanaman aquaponik. Demi menjimatkan kos dalam pembelian filter yang sediada maka, bahan-bahan terbuang digunapakai.

botol-botol plastik dan guni bawang diperlukan
FILTER YANG SEDIA ADA
cuma beli ajer
brush filter harganya 6 inggit sebatang

span filter harganya 5 inggit sekeping

bio ball filter harganya 25 inggit seplastik ada 100 biji
Tak payah susah-susah recycle ajer apa yang ada.

PROSES PERTAMA
Anak aku sentiasa sedia memberi perkhidmatannya.
mengunting botol plastik

semangat kerjasama diperlukan

PROSES KEDUA.
pengasingan plastik botol dan pembalutnya. Pembalutnya mudah mereput tidak sesuai utk jangka masa panjang. Dikhuatiri akan mendatangkan masalah pada masa hadapan.

dibasuh terlebih dahulu,maklum ajerlah botol sabun...

Isteriku memang cekap dalam proses pengasingan
PROSES PEMBUNGKUSAN

Kerja ini tak susah mana pun. cuma sumbat kasi padat sudah...


PROSES TERAKHIR
Setelah siap,bahan -bahan yang diguna semula itu. disusun kedalam tong filter. Pada peringkat permulaan air tak berapa clear.. Cuma biarkan beberapa hari dan lihatlah hasilnya.



Perangkap kotoran yang terdahulu. Cuma gunakan batang paip pvc saja(lebihan dari hasil kerja )