Thursday, September 13, 2012

KENANGAN BERSAMA ATUK BUSU

AL FATIHAH KEPADA ATUK BUSU.

Telah meninggal dunia pada 5 Sept 2012. Bermungkinan kematian beliau akibat serangan jantung setelah pulang dari kerja. Selamat dikebumikan di tanah perkuburan Bakri batu 6 Muar. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang beriman.. amin...




Jasanya dalam pembikinan kolam aquaponik amat besar sekali.. Segala pandangan dan ideanya dikongsi bersama bagi menjayakan rumah/kolam ini. Bermula dari tapak binaan sehinggalah terdirinya sebuah rumah besertakan kolam. 





JASAMU TETAP DIKENANG SELAMANYA..





RAKAMAN TERAKHIR BERSAMANYA


Monday, July 16, 2012

PENGAGA "TAK HABIS MAKAN"

PENGAGA
Tumbuhan ini menjalar dengan cepat sehinggakan kawasan tanaman menjadi sesak. Sudah puas diberikan kepada jiran tetangga dan kekawan tapi masih ada "balance"nya lagi.. Sudah jemu dibuat kerabu, urab, dimasak lemak dan dijadikan ulaman.



Sekali tuai saja melebihi 5 kg.. pergh.. banyak giler.. Boleh buat niaga nie...


Terfikir pula untuk dijadikan jus pengaga...tapi hanya separuh gelas saja yang berjaya ditelan..Mungkin terlalu banyak isinya kot...pahit tak ingat punya...

jus pengaga



Tuesday, July 10, 2012

BERCUTI

BERCUTI DI MARANG, TERENGGANU
 Asyik kerja ajer,bila pulak nak rileks..
inilah masanya utk bersantai sampai lebam , kecut dan 'sunburn'..
pergi pantai , pulau ,mancing, candat, snoorkling dan memacam lagi..
selama 5 hari..yeahhh.
bercuti bersama anak dan bini..

bersama-sama keluarga dan sanak saudara  tersayang

pulau Gemia terengganu

masjid terapung, kuala terengganu

Thursday, June 28, 2012

TANAMAN AQUAPONIK & HIDROPONIK

 PENGAGA HIROPONIK

cantik.. dijadikan sebagai pokok hiasan

Add caption
KANGKUNG HIDROPONIK
 

PENGAGA AQUAPONIK
 Tanaman yang menjalar ini telah tumbuh dengan cepat sekali...



STRAWBERRY AQUAPONIK
  bermula dari sepokok kini sudah bercabah menjadi 7 anak pokok. Buahnya masih belum diketahui lagi.



Wednesday, June 27, 2012

IKAN YANG MATI DIJADIKAN MAKANAN IKAN

Ikan kap rumput mati yang tidak diketahui apa sebabnya. Kini dijadikan makan fresh utk ikan ketutu dan haruan.

Ikan yang mati ini hendak dibuang terasa rugi... nak dimakan tak sampai hati..

 Ikan sepat dan jelawat yang mati  sudah dipotong dadu. Menjadi hidangan sang haruan dan ketutu pula.
Pemilihan makanan fresh untuk ikan yang bersifat karnivor.
-ikan yang mati tidak berbau busuk.
-ikan yang mati bukan disebabkan berpenyakit.


 Pembersihan/pendaduan ikan.

 kepala dan ekor hendaklah dibuang, takut ikan yang memakannya tercekik pulak. Tulang tengah pun kena buang jugak(kalau kasar), cuma tinggalkan bahagian yang ada isi saja.
  Tips. Seandainya makanan ikan fresh ini tidak habis/laku. Sila buang dgn segera bagi mengelakan dari busuk dan penyakit lain pula yang datang nanti. Ingatkan nak berjimat nanti rugi pula yg mendatang.

Friday, May 18, 2012

IKAN KELI MATI TERCEKIK

IKAN KELI MATI TERCEKIK TERTELAN IKAN PUYU
  Ikan keli memang terkenal dengan pelahapnya. Tidak kira apa saja yang dihidangkan utknya pasti licin dibuatnya. Inilah akibatnya kalau terlupa diberi makan,sudah tentu ada yang menjadi korban.

PELIK TAPI BENAR
PENAMBAHBAIKKAN SERTA PENGUBAHSUAIAN KOLAM

batu greywell dihimpunkan terlebih dahulu
GAMBAR SEBELUMNYA

MENGOPEK SEMULA BATU BLOK
bertujuan...mengambil  sebahagian batu blok utk digunakan semula..
penyusunan batu lebih teratur..






TAMBAKKAN DENGAN BATU GREYWELL
-lebih kemas dan teratur
 -dapat memantau kebocoran paip ataupun kolam





BATU BLOK YANG DIGUNA SEMULA
-bercadang utk membina sebuah kawasan /habitat sang kura-kura


                                         KURA-KURA HIJAU




Monday, April 16, 2012

HASIL PANCINGAN (SEPAT SIAM)

Pada mulanya memancing nie adalah hobi masa lapang ajer.  Kalau sekali pergi hanya sejam setengah boleh dapat lebih kurang 50 ekor memanglah lumayan. Sekarang nie sudah jadi macam kerja harian pulak. Pasal apa permintaan terhadap ikan sepat siam memberangsangkan dan harga bolehlah tahan.

saiz macam nie saya jual singgit setengah seekor.

kalau nak beli banyak kira 12 inggit sekilo(ada beso ada kecik)
Ikan sepat nie mudah mati jika tercedera ataupun sisiknya terkopek. Yang mana yang dah nak mati diasingkan dan dijadikan hidangan sang kelisa,ketutu dan haruan.

pengasingn sepat siam dan sepat ronggeng

amacam lumayan tak hari nie punya hasil.

Monday, April 9, 2012

BUMBUNG KOLAM MENGALAMI MASALAH

Inilah masalah yang paling ditakuti apabila menggunakan plastik "greenhouse film". Jika air hujan mula bertakung inilah jadinya. Takungan air nie boleh menyebabkan kekuda bumbung patah dan lagi teruk plastik akan koyak..
pandangan dari hadapan

Maklum ajerlah kerja-kerja pemasangan bumbung ini dilakukan sendiri tanpa bantuan dari pihak yang pakar. Lagipun ,untuk membina sesebuah (greenhouse) bukannya murah. Kebanyakkan bahan yang ada disini dari bahan terbuang dan dikitar semula.
masalah yang serius,jika dibiarkan

Plastik yang digunakan ini sememangnya tahan lasak. Cuma harganya saja yang agak mahal sikit. Menurut kata tokey tu,plastik nie bolah tahan selama 2 atau tiga tawun.kalau lu pakai besi itu tiang boleh pegi 4 atau 5 tawun. tapi lu guna kayu wa takde gelenti  lor..
takungan air ini boleh meruntuhkan bumbung kolam
kesimpulannya, pemantauan terhadap takungan air perlu diperhatikan selalu. Mungkin penambahan kayu atau rentangan dawai diperlukan. Selebihnya berserah kepada Tuhan.
pandangan sisi