Sunday, July 29, 2018

BOTOL MINYAK DIJADIKAN PASU

BOTOL MINYAK DIJADIKAN PASU

 Botol minyak nie memang mudah didapati , almaklumlah minyak paket sudah susah diperolehi. Dikatakan minyak paket nie untung sikit. Pening kepala difikirkan tentang minyak nie..
Saya nie orang berniaga , paling sikit pun 4 kilo minyak masak diperlukan. Ape boleh buat, botol pun sapu laa..
perlu dikumpulkan dulu,baru syok bila potongnya nanti
Caranya mudah, cuma potong bahagian atas dan buat lubang kecil dibawahnya. Dah siap..
sudah siap , buatlah lubang kecil dibawahnya


nak melintang boleh tapi memerlukan skill yang tinggi...hehhehe.




pokok rosemarry menjadi pilihan dihati

TEMPAT SEMAIAN SECARA HIDROPONIK

TEMPAT SEMAIAN
 Tempat sesuai diatas kolam kanvas (udang) dan disitu juga ada tempat takungan air. Semaian secara hidroponik. Diletakkan dipermukaan air saja , takut bila tengelam benih akan busuk.

try kangkung ,kacang botol dan kacang panjang

cuma dua petak jer dulu. cuba , try , test .

test semai kangkung pakai batang paip
beberapa biji benih kangkung diletakkan didalamnya

TANAMAN SELOM ,STRAWBERRY DAN ....

Pokok selom
Hampir 4 bulan tak diurus dan dibersih. Cuma tahu bila nak makan , ambil petik.

gambar sebelum

gambar selepas
Pokok strawberry
Ada dua tempat untuk strawberry nie.

 Tempat pertama diletakkan didalam pasu . Sistem yang dipakai adalah aquaponik jugak. Bila air penuh  ia akan flush dengan sendirinya.
pokoknya subur tapi belum mengeluarkan hasilnya
Tempat kedua pula diletak pada tang biru. Yang nie baru semai , tak banyak pokoknya lagi.





Pokok taktahu apa namanya "sesuai untuk makanan ikan"

Daunnya memang kegemaran ikan talapia kami





LAWATAN KE KOLAM AQUAPONIK

LAWATAN KE KOLAM AQUAPONIK

Saja jer nak tunjuk sekitar kolam aquaponik pada waktu malam. Disini juga ada tempat istirehat . Tapi waktu malam disyorkan untuk melepak disitu , waktu siang panas daaa... 



Monday, June 25, 2018

HASIL TUAIAN "CILI"

CILI
Mengambil masa 2 jam untuk mendapatkan 5 kg.

terdapat cili kampung dan vietnam



Tuesday, April 10, 2018

TANAMAN KOMPOS: TOMATO,CILI DAN TIMUN

CILI
Batasnya diisi dengan tanah kompos. Botol minyak masak dan botol kicap digunakan sebagai kepungan.


TOMATO

HASILNYA

Sunday, January 21, 2018

KUNYIT AQUAPONIK

KUNYIT
Ada tanam kat kolam, cuma 4 pokok ajer. Hasilnya memberangsangkan.

isinya dah terkeluar

asal tanam cuma 4 pokok ajer
kunyitnya agak pucat sedikit

nampak tak hasilnya
6 kilo sekali petik


UDANG (BLUE LOBSTER)

Udang  (BLUE LOBSTER)
hanya 10 ekor saja dilepaskan di dalam kolam kanvas. Tidak tahu mana satu jantan mana satu betina.




setelah 3@4 bulan, ianya mengeluarkan hasil. 
baby udang
 

Wednesday, October 25, 2017

Tuesday, August 15, 2017

SUMBANGAN SANGKAR BESI UNTUK DIJADIKAN REBAN ARNAB SEMENTARA

Nasib baiklah ada sangkar besi mudah alih.. Bolehlah juga dijadikan reban sementara. Kebanyakkan reban ini adalah hasil sumbangan dari pekerja diwarung saya. En Rafizi namanya , dulu dia adalah pencinta kucing. Kini,sudah menjadi artis sambilan.Sebanyak 6 biji sangkar besi yang diberikan.  terima kasiihhhh.

 
En. Rafizi

Cukuplah sekadar lindungan panas dan hujan.

bilangan arnab telah dikurangkan, sebahagian telah dijual dan disembelih.







Harga seekor 30 ringgit
Sepasang 55 ringgit
Harga kat pet shop sekitar 40 ke 50 ringgit seekor
Harga untuk dimakan 20 ringgit sekilo + 5 ringgit (upah sembeliah,lapah dan potong)


UPDATE: TRANFORMASI DARI REBAN MENJADI BENGKEL

Memang banyak kerja yang perlu buat. Proses merobohkan dan pembersihan sudah selesai . Sekarang ni kena siapkan tapak asas binaan yang baru pulak.
masih dalam proses merobohkan
Bila kerja tanpa pekerja tentunya memakan masa. Jadi, pandai-pandailah membahagikan masa.

ikat bata dulu sementara hari tengah panas







Sementara nak tunggu reban arnab sementara disiapkan (bini i yang buat). Eloklah dirikan tiang dulu. iyer tak.

amacam? ada senget tak? itulah aksi bila tukang masak jadi tukang rumah.

Tugas bini aku cuma siapkan reban burung dan reban arnab sementara. Selain itu, dialah pembantu, pemberi cadangan dan pengkritik yang setia. hahaha,,,... 

amacaam terrer tak my wife bikin,,..?reban burung baji dan terkukur.

Sunday, August 13, 2017

PENGUBAHSUAIAN DARI REBAN KE BENGKEL

Sudah tiba masanya saya memerlukan sebuah bengkel .Dimana ianya boleh menempatkan keperluan barangan seperti mesin tebuk, pelbagai pam air,genarator dan lain-lain. Dengan adanya bengkel ini saya dapat menyusun dan menghimpun segala peralatan yang ada. 

Pengubahsuaian ini melibatkan tiga buah reban iaitu reban burung baji, reban burung terkukur dan reban arnab.


penyediaan tapak baru untuk 2 reban burung

menggantikkan jaring baru untuk reban burung

Ini juga melibatkan reban arnab. Rombakkan semula dilakukan demi keselesaan dan memudahkan kerja-kerja pembersihan.
saliran najis arnab tersekat
rombakkan reban dilakukan

60 % jaring reput
tip reban arnab
  • pemilihan material yang berkualiti(jaring tahan karat)
  • bingkai dari kayu tak sesuai (Mudah reput,tabiat arnab suka buat lubang)
  • pengurusan tinja (najis) mudah diuruskan dan tidak terkumpul.
  • pengudaraan yang sempurna dan kering