Tuesday, October 18, 2016

DIY TEMPAT MAKANAN ARNAB


Arnab adalah makhluk Allah yang sangat comel dan menarik. Cuma kelakuannya yang agak aktif diwaktu malam dan masa siangnya banyak tidur saja. Dahulunya bekas makanan arnab adalah bekas plastik ( botol sos/tiram plastik) terpakai yang digunakan. 


Namun begitu bekas makanan dari plastik cuma bertahan selama beberapa minggu saja. Habis digigit dan dilubangkan.


Kini masalah sudah selesai, bekas makanan diperbuat dari cermin. Masih lagi bahan yang dikitar semula iaitu cermin tingkap nako..
Cara pembikinan agak susah sikit tapi boleh bertahan lama selagi tidak jatuh ke lantai. Berhati-hati semasa proses membuatnya kaca halus mudah mencucuk jari anda...





Dengan cara ini dedak yang dihidangkan tidak tumpah mahupun dikais-kais. Boleh menampung bekalan makanan selama 2 hari. Semakin tinggi bekasnya , semakin lamalah bekalan makanannya.
Selamat mencuba..



SELAMAT MENCUBA,,

No comments:

Post a Comment